Tips Menulis Laju dan Penuh Idea (Blogger Tips Idea)

Menulis laju.
1.Paling mudah adalah menulis apa aktiviti harian bermula celik mata sehingga selesai hari tersebut.
2. Belajar menulis pantas awal pagi.
3. Letak masa rutin 5 hingga 10 minit.
4. Aktiviti harian ada tak kaitan dengan bisnes, contoh jumpa pembekal, urus stok, penghantaran. Contoh lain kisah bagaimana kita urus dan imbangi kerja dan juga anak anak. Fokus berkongsi dengabn apa yang sudah kita tetapkan siapa sasaran pembaca.
5. Menyimpan privasi.
Tidak semua perkara kita suka untuk berkongsi, contohnya hal berkaitan lokasi rumah, hal keluarga. Hanya fokus berkongsi nilai. Pilih dan saring. Maka kita kekal ada sempadan.
6. Menulis pengalaman lalu yang paling seronok.
Kisah masa kecil, kisah awal awal ketika belajar berniaga, kisah masakan mak yang terbaik.
7. Paling penting adalah TULIS dan KONSISTEN.
8. Apabila sudah mula wajib selesaikan.
Menulis adalah satu proses dan latihan. Serap masuk banyak maklumat. Kisar sampai lumat. Kemudian susun dan keluarkan semula. Latihan ini adalah berterusan.
Pilih, kisar, saring dan hadam. Tulis setiap hari membantu kita berfikir laju.
Asas Blog Dan Penulisan.
-----------------------
Nota penulis
Bismillah

Demikianlah antara tips penulisan dari Kelas Asas Blog tidak kiralah anda mahu belajar blog bisnes atau blog penulisan. Keduanya penting bagi mewujudkan blog yang mempunyai penulisan yang berpengaruh.

Idea yang segar di waktu pagi, dengan emosi yang stabil dapat membantu anda menulis tanpa emosi yang berkecamuk. Insha Allah, ini kerana saya sendiri telah cuba kaedah ini dan ianya berkesan.

Menulis dengan sangat laju malah ideanya tidak putus. Melainkan anda memang tengah blurr sesangat. hehe

Lebih banyak perkongsian dari akademi bekerja di rumah untuk anda semua. Mari berganding bersama kami, sudah 2000 pelajar di sini dengan pelbagai latar belakang. Saya seorang jurutera dan kini surirumah sepenuh masa. Menguruskan perniagaan secara online sahaja.

alhamdulillah, gaji sebagai surirumah lebih tinggi daripada gaji seorang jurutera sewaktu masa dahulu. Bayangkanlah. Impian itu bukanlah suatu yang mustahil. Saya boleh anda juga boleh 

Kelas blog bulan mac sudahpun ditutup. kita buka pengambilan bulan april pula. sebulan kami hanya terima 10 orang sahaja supaya kelas lebih fokus dan berimpak. anda juga terus kekal momentum dan boleh terus berlari dengan ilmu dan teknik pemasaran melalui blog yang telah diajarkan.

kelas ini berjalan secara online sahaja. Usah bimbang perlu ke sana ke mari. Ada whatsapp dan facebook? Insha Allah. Bolehlah terus join kelas kami.
Share:

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas tipsnya. Semoga dimurahkan rezeki.

    Saya memang struggle nak tulis cepat. Kadang2 idea tu banyak sehingga ke landang gandum. Cuma bila nak mula banyak sangat distraction yang saya cuba cipta sendiri.

    Bila start tak dapat berhenti.

    Tapi bila nak proofreading dan tambah visual terhentih.. 1 artikel nak 1 minggu baru siap.

    Saya akan cuba amalkan tips ni. Terima kasih sekali lagi

    BalasPadam