Kad Astro Rosak


Assalamualaikum, minggu lepas televisyen kami rosak. Dijadikan cerita harus hantar tv baiki jadi buat seketika kami tidak memiliki tv untuk melihat siaran astro. Ada pula sahabat suami yang baik hati pinjamkan kami tv disebabkan weekend kan bosan pula tiada siaran. Jadi bila dah pasang kelengkapan tv dan astro. Tiba-tiba, tiada siaran yang keluar. Yang keluar 2 benda ni:


1) Skrin jadi biru & ada segi tiga kuning kat atas belah kiri camni ⚠️
2) Tertulis di bawah skreen "Sila masukkan Kad Pintar Astro yang betul dengan anak panah menghala ke atas (S2)". Dah try 3,4 kali keluar masuk kad pun still sama.


Kemudian saya ambil pemadam dan bersihkan cip kad tersebut. Cuba lagi masih tak berjaya. Pada masa sama, cuba telefon pihak astro. Ya Allah, 3 kali telefon masa menunggu lebih kurang 4 ke 7 minit satu panggilan tiada siapa pon menjawabnya! 


Disebabkan kelewatan customer servise astro akhirnya saya google untuk cari solusi. Dan terjumlah beberapa cara. Tunjukkan pada suami. Dia pon buat. 


Di blog tersebut ada tunjukkan cara lihat sama ada kad astro ini boleh dikenalpasti atau tidak oleh decoder. Caranya untuk semak ialah pergi ke Home > Setting > STB Diagnostic > tengok Smart Card No > 0000 0000 0000 (means decoder tak detect kad tu)


Memang nampak la nombor Smart Card Astro tu kosong. Takkan rosak pulak? 


Apa suami saya buat. Dia tekan reboot pada sistem astro tu. Di STB diagnostik.


Alhamdulillah!


Terus dapat siaran! Jadi kepada anda semua, jika ada masalah kad astro tiba-tiba tidak dapat detect, cuba dulu reboot astro. Jika tidak kemungkinan anda diberitahu kad rosak dan perlu diganti. Kad baru berharga RM30 tahu dan ambil masa lama untuk diposkan paling cepat ke kaunter Astro Services tapi jika boleh cuba solusi ni lebih baik. Jimat duit. Huhu

Share:

30 ulasan:

  1. Salam. Saya buat macam yang akak cadangkan tu tapi tak menjadilah, macam mana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. tak semua buat menjadi, jika tak jadi juga better call customer servis

      Padam
  2. Salam.Saya br aje mencuba cara diatas utk kad astro saya alhamdulillah berjaya.Terima kasih bnyk2

    BalasPadam
  3. Salam saya baru je cuba step by step yang awak cakap tu Alhamdulillah berjaya... terima kasih banyak2 ��

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah puan terimah kasih kongsi pegetahuan....

    BalasPadam
  5. alhamdulillah,anak dah boleh tgk tv..time kasih hakak...

    BalasPadam
  6. saya dah try berkali kali..masih x dapat

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum.. Tq sis.. Menjadi.. 💕💕💕

    BalasPadam
  8. Tq..berkesan..moga murah rzki

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..... Baru jap buat mcm yg diajar.... Hehehe.... Tq... Barulah ade saran....

    BalasPadam
  10. Alhamdllah trima kasih banyak2 dgn ilmu yg berguna

    BalasPadam
  11. Trima ksh kak sbb ilmu bermenenfaat

    BalasPadam
  12. Sy dh cuba tp tak menjadi..mcm mana

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas perkongsian.. 😘

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah,terima kasih ye puan,dah berjaya🙏🏻👍🏻..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah kepada semua... terima kasih juga sudi komen feedback anda.. maaf saya lewat publish :) yang tak menjadi jika tak jadi juga, saranan saya terus hubungi pihak astro ya.

    BalasPadam
  16. Terima kasih tak terhingga atas perkongsian ilmu ini. Baru je cuba tadi dan berjaya. Jimat kos dan jimat masa untuk menukar kad yang baharu.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah berjaya.Terima kasih ye

    BalasPadam
  18. Sy pon nasib baik carik dldlm ni. .td xjd gk kad .Try cam akak ckp mnjd trus. .Tq kak

    BalasPadam
  19. Salam kat astro saye hilang .mcam mane yew ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kad astro hilang susah ni. hehe.. kene contact astro la sis.

      Padam
  20. Tq berjaya. Walaupn rmh sendri xda astolol ni... Kebetulan pulak balik kg mertua... Jd tolong la reboot..

    BalasPadam
  21. Asslm kalau mcm sy ni adakah salah satu punca kad rosak jgk, bila kita buka tv siaran ada pastu 5 minit sekali dia hilang siaran pastu ada balik bila sy tekan2 wayar and buang kad dia okay pastu nanti jadi balik dan pernah naik benda segi tiga kuning mcm kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan.. dan mungkin juga kad astro tu cip dia dah lama kan.. perlu juga tukar kad dari masa ke semasa jika selepas try and error asyik gagal

      Padam
  22. Macam mana nak Cari reboot Tu, sy dah cube buat ikut step by step

    BalasPadam
  23. Saya dekoder lama (warna perak). Tak jumpa butang "setting", apatah STB Diagnostic. Bagaimana ya?

    BalasPadam