Tanggal 21 haribulan April merupakan tarikh anak ketiga saya. Diberi nama Qaireen. Sangat comel, tetapi nakal dan gengster budak sorang ni. Hehe
Sebenarnya tidaklah merancang untuk menyambut hari jadi Qaireen cumanya mencari jugalah kek sebagai tanda meraikan hari tersebut. Tanya kawan yang saya selalu order kek dengan beliau, katanya jika order kek hantu saiz 7 inci RM65. Jika red velvet pula premium mencecah harga RM90. Aduhai, mahal tahu.
Dalam fikiran ni anggaran sebuah kek yang saya mahu belikan ialah dalam jangkaan RM 30 ke bawah. Bukan kedekut. Haha. Tapi bermulanya hari jadi Qaireen selang 2 minggu berikutnya dan berikutnya lagi ada lagi 2 hari jadi nak disambut. Suami dan anak kedua pula.
Dipendekkan cerita, Allah maha baik mendengar dan memakbulkan doa saya. Tiba-tiba sahaja semasa saya browse di grup facebook. Ada ternampak iklan kek, kek kukus tu lah. Kek hantu la, kek coklat moist la. Ada banyaklah dia jual. Harga juga murah dan kebetulan disebut area cod kek tu memang di area rumah saya. Ha. Terus wasap rakan ni.
Disebabkan banyak pilihan kek yang dijual ada kek kukus dan cheesekut, jadi saya pilih 4 jenis kek saiz kecil, harganya RM 6 sahaja. Bolehlah tu kan. Mana tahu sedap boleh order lagi. Lagi pula kami anak beranak sangat suka makan kek.
Hari jumaat semalam memang sibuk, saya mula memasak awal kerana tengah hari akan keluar untuk urusan Sedekah Jumaat di rumah anak-anak yatim. Pagi-pagi tu dah buat banyak kerja, memasak tengah hari supaya suami dan anak-anak dapat makan awal apabila saya tiada nanti di rumah. So, dalam jam 4 gitu baru kek sampai. Jadi okaylah.
Pagi tu ada request dari rakan ni dan bual dengan dia pasal nak sambut hari jadi anak. Dia pun beritahulah ada dia buat kek saiz besar harga pun masya Allah murah! Saya tengok dari gambar dia bagi memang tak boleh nak imagine saiznya bagaimana. Setuju ajelah. Saya tukar kek red velvet cheesecake tu kepada saiz besar dan request untuk tulis sebenarnya. Tapi dia tak reti lagi sebab baru juga mulakan bisnes kek ni. Kita pun fikir-fikir, okaylah apa kata buat bentuk love di atas kek ni. Jadilah kan?
Dapat je petang tu, memang cantik deko yang dia buat. Siap bagi lilin 3 batang dan "happy birthday" tu. Terharu juga tahu.
Memang besar saiz kek ni. Sebab tu saya kata murah sangat-sangat. Rasanya? Sedap. Memang sedap. Kek red velvet biasanya padat dan berat tetapi moistkan? Krimnya masam-masam.
Korang lihat ye, saya potong keknya.
Amacam? Seriusly saiz kek ni sangat besar dan harganya sangat murah dengan rasa yang menepati citarasa saya. Bagi saya setanding dengan rasa kek velvet yang biasa saya makan. Biasanya satu slice sudah mencecah RM 10 ke RM 13. Saya tidaklah kata kek ni sama tarafnya sebab tetap berbeza dengan kek red velvet premium. Tetapi sebab rasanya yang sedap, padat dan krim yang menepati rasanya. Mengujakan. Insha Allah, memang konfirm repeat order.
Akhirnya, kami raikan hari jadi Qaireen di Old Town White Coffee. Dah lama tak makan di sana. Teringin pula nak makan noodle. Ada Pan Mee sup apalagi.. Makanan kegemaran saya tu tau. Pan mee sup. Rindu pula kenangan makan Pan Mee sup di Midvalley Megamall. Dekat sini memang sedap-sedap makanannya.
Alhamdulilah. Semalam memang hari yang amat seronok. Nanti saya kongsikan tentang program sedekah jumaat anak yatim kami ya?
Tunggu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan