Bismillah..
Semangat untuk berjaya. Semangat untuk terus maju. Semangat sahaja boleh ke?
Salam sayang semua, sebagai wahm yang tidak tentu masa menguruskan bisnes online dan anak-anak tidak termasuk perkara yang tidak tersenarai dalam tugasan seorang isteri dan ibu. Alhamdulillah, sewaktu pagi tadi saya mendapat kesempatan untuk mengaji ilmu dari Prof Muhaya, mengenai bagaimana kita harus tingkatkan level kesedaran kita, cara percakapan kita, cara pemikiran kita apabila melihat apa jua situasi dan perkara yang menimpa diri kita. Ini kerana apa yang kita fikirkan, apa yang kita keluarkan dari otak kita menjadi sebuah percakapan ialah cerminan diri kita dan ianya melibatkan hasil kepada kehidupan kita. Refleks.
Jika rendahnya level kita berfikir maka hidup kita ini tidak maju, malah menjadi duri dalam daging kita. Sebagai contoh, sifat-sifat negatif, perkataan dan pemikiran negatif... membawa kepada kehidupan yang negatif. Dan ia mengingatkan saya kembali kepada kelas pertama saya bersama Tuk Guru UK dalam kelas potensi diri bersama FAV Academy. Iaitu syariat dan makrifatullah. Apabila kita tahu dan sedar bahawa setiap yang ditimpa itu ialah dari Allah. Dan kita mengaku mencintai Allah apabila kita ditimpa malang, buruk.. apakah kita akan marah pada Allah? Jawapannya TIDAK. Malah kita pandang perkara ini sebagai kasih sayang Allah. Nikmat pemberian dari Nya. Bukan mudah untuk kita ubah, dari seorang yang garang.. selalu marah-marah kepada sabar sepenuhnya dan mengerti bahawa setiap yang berlaku adalah kasih sayang Allah.
Jadi baik setiap hari. Apa kita cakap, itu ialah cerminan diri kita. Cuba belajar bercakap dengan pasangan elok-elok, dengan anak-anak.. Jika masa itu rasa hangin satu badan. Berdiam dan berjauh diri lah dahulu.. Tenangkan diri. Supaya kata-kata yang terkeluar tidak menyakiti hati mereka.. Insha Allah ya.
Ada masanya saya ada masa untuk menulis perkara berkenaan diri sendiri. Namun benar kata rakan-rakan seperjuangan untuk menulis dan meluahkan itu tidak mudah. Copy paste itu mudah. Jadi bila copy paste silalah letak siapa kita rujuk supaya tidak berlaku plagarism. Melainkan ianya fakta yang tidak diubah. Jika boleh sehari 1 entri saya mahu terus konsisten menulis. Tidak kiralah iklan atau catatan harian, supaya blog ini tidak terkubur dan mampu memberi erti buat seseorang. Selain itu, menulis juga sebagai pengubat diri. Haa, istimewa ya menulis ni rupanya.
Bulan september ini alhamdulillah , Allah berikan rezeki mengaji ilmu. Kelas adwords yang masih belum saya usik masya Allah. 4 Kelas bisnes dari FAV Academy yang telah pon berjalan pada 7 september 2017. Perlunya mengaji ini kerana kita hanyalah insan biasa yang sentiasa cetek ilmunya, kata-kata mentor saya, mengaji dan terus mengaji ilmu kerana kita mungkin pada satu masa tepu dengan ilmu-ilmu lama. Perlu refresh time ya. Bila mengaji ni, semangat itu datang laju. Nak buat kerja juga laju. Kerana apa? Kerana ilmu-ilmu baru yang harus dipraktikkan itu harus segera sebelum diri kita lemau. tak gitu?
Jadi jika kalian juga seperti saya, bila mengaji ilmu harus terus cepat-cepat praktikkan supaya kelas tu tak sia-sia. Pelaburan anda juga tak sia-sia.
Insha Allah. Kita semua pasti berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan