Bismillah,
Tenggelam timbul dalam menulis post yang konsisten di blog EmmeMarina sepertinya tidak berkesudahan. Tapi yakinlah saya sebenarnya menulis setiap hari di blog saya ini. Cuma bukan di sini. Saya mempunyai 3 blog bisnes yang saya uruskan, anda jika ada masa boleh berkunjung ke blog saya yang lain.
Untuk bisnes utama saya sebagai stokis sah DMS, anda boleh kunjungi Informasi DMS360 atau terus ke kedai blog DMS = www.dms360.my untuk tempahan.
Seperti anda lihat, ada produk baru yang saya mula fokus iaitu rangkaian produk dari Libo Spa. Founder spa ini merupakan rakan saya, alhamdulillah. Banyak kami belajar bersama. Saya juga meminati bidang ini dan ada bersangkut sedikit sebanyak dengan produk DMS, untuk produk-produk Libo Spa berkaitan dengan masalah wanita selepas bersalin dan wanita sudah berkahwin. Anda nak tahu lebih lanjut? Boleh kunjungi blog saya di sini www.terapiwanitamoden.blogspot.my
Alhamdulillah, satu lagi produk jualan saya lain terus dari niche kecantikan dan kesihatan wanita, iaitu Jam Tangan Islamik. Kunjungi blog utama untuk lihat koleksi kami ya... Klik jamtanganislamik.blogspot.my
Semasa sedang menulis entri ini, bayi saya yang bakal memasuki 9 bulan ini sudah terlalu lasak. Di mana saya berada di situlah dia. Jika hanya mahu berada berdekatan, okaylah. Ini mahu dipeluk, didukung, bila mana dia leka bermain (tidak ingat mama) atau tidur sahajalah waktu saya pantas membuat kerja-kerja. Mahu menulis, review produk adalah sangat sukar.
Ialah kita suri, ada pelbagai tugas. Kita tidaklah free sangat, dapur perlu dijenguk, rumah perlu dikemas. Sekarang jam 11.14 pagi, jam 12 perlu mengambil anak pula di taska, 12.30 hari ni kakak di sekolah. Jika boleh, setiap hari untuk menguruskan bisnes saya tidak mahu tidur. Haha. Dalam menulis ini terbayang kisah sehari-sehari yang dilalui dengan terikan, tangisan anak-anak dan kenakalan mereka. Tidak lama lagi cuti sekolah, harulah mama.
Namun, usahlah kita merasakan mereka ini beban. Jika anda merasakan anak ini beban untuk kalian berjaya dalam kerjaya anda. Bisnes anda. Tolonglah.. tolong berhenti berfikiran begitu. Masa mereka membesar sangat singkat. Tanpa kita sedari, kita kehilangan suara-suara yang memanggil nama kita. Esok lusa bila mereka semakin jauh ketika itu kita pula merayu untuk mereka kembali. Tidak kira apa kesukaran kita dalam berniaga dari rumah, hadapi dengan tenang uruskan dengan senyuman. Insha Allah dalam apa jua kepayahan, Allah ada untuk membantu kalian.
Doakan saya juga mampu untuk terus positif dan tersenyum ya :)
Saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. Aamin
Rakan-rakan, Jika kalian suka dengan entri ini jom komen dan share pendapat kalian :)
Nak tahu lebih lanjut tentang produk DMS360? Boleh klik link www.dms360original.com atau www.dms360.my
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Cabaran WAHM. Ada lagi beberapa cabaran lain seperti tak sempat nak bersosial dengan kawan lama, tak de sessi mengeteh atau keluar lunch ramai-ramai atau shopping di hari Jumaat.
BalasPadamSemoga terus tabah dan dimurahkan rezeki
huhu.. alamak mengeteh ni mmg takde dalam senarai. ngeteh cara mak-mak buat air di dapur jadilah. bersosial dalam wasap dengan grup mak-mak jua. memandang semua rakan jauh maka tak pernah dalam list. shopping semuanya online sampai letih en suami tengok posmen tu.
Padam