Alhamdulillah. Rezeki Pelanggan dari Kedai Shopee.








Bismillah. Berniaga online melalui shopee merupakan pengalaman terbaik. Alhamdulillah, walaupun belum lagi berpuluh ribu sales di shopee tetapi bersyukur sangat kerana dapat juga mama mempunyai sales.


Bukan senang nak senang. Kita harus sentiasa cari peluang dan lubang untuk berjaya. Gunakan sebanyak mana peluang asalkan ianya tidak memakan diri. Perhatikan tahap kesukaran medium channel marketing, bagaimana memahirkan diri, mencari pelanggan.


Keistimewaan Shopee

1. Penjimatan postage.
Kita sedia maklum cas postage perlu ditanggung bila kita membeli barangan online. Namun bila di Shopee, kedua pelanggan dan peniaga dapat menggunakan shopee rebate menjadikan pembayaran produk lebih menjimatkan.

2. Kumpul Point dan Redeem Tunai
Setiap pembelian di Shopee akan mendapat point dan point ini anda boleh gunakan untuk membeli barang lain di Shopee. 

3. Pembayaran menggunakan pelbagai jenis bank, paypal dan manual transfer
Bukankah sangat menyenangkan? Malah anda tidak perlu risau ditipu kerana Shopee akan memastikan bahawa setiap pembelian anda berjalan lancar. Anda tidak perlu membayar terus kepada peniaga tetapi Shopee sebagai orang tengah jualan anda. 

ada banyak lagi kelebihan berniaga melalui Shopee, antara kesukarannya ialah persaingan sesama peniaga, tiada pelanggan datang kerana tidak tahu akan kewujudan kedai anda dan juga penggunaan keyword dan hashtag amat memainkan peranan. 

Insha Allah, ada masa lagi saya akan ceritakan lebih banyak kelebihan berniaga di Shopee ya. Jika kalian nak tahu lebih lanjut boleh whatsapp saya tidak ada masalah :)

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan