Bismillah.
Jam menunjukkan jam 1.21 pagi. Saya masih bertahan. Sudah lama tidak sentuh laptop dan menguruskan beberapa kerja di laman website.
Kebanyakkan masa saya suka update entri blog menggunakan handphone tetapi tidak semua perkara itu boleh dilakukan. Jadinya terdapat banyak tugasan tergantung sejak bercuti minggu lepas.
Akhirnya siap melipat koleksi baju-baju 4 anak dara nih. Berhari-hari saya lihat timbunan baju yang menyakitkan mata. Nak buat siang hari, siangkan kita bekerja juga. Nak bisnes. Nak memasak la itu ini. Layan 4 orang budak ni lagi jawabnya asyik tangguhkan melipat. Huhu. Dah alang-alang mahu buat kerja malam ni, jadi kita melipatla sebentar. Alhamdulillah dah siap!
Haha. Sebenarnya sekejap sahaja melipat baju ni. Sebakul baju budak-budak ni, dalam 20 minit agaknya melipat. Nampak tak si kecil tu tak tidur lagi. Meneman mama la kononnya. Uruskan beberapa perkara sekejap lagi, kemudian kita tidur kay.
Anda ibu-ibu yang multiple job dengan kerja rumah, uruskan anak-anak, bisnes ni macam mana? Ha, memangla kita semua harus pandai uruskan kerja. Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk terus bekerja dengan penuh kasih sayang buat keluarga kita.
Aaminnn....
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan