Bismillah
Sudah lama saya mahu kongsikan mengenai Keyboard Bluetooth ini. Alkisahnya satu hari netbook 2 in 1 saya keyboard telah dipatahkan oleh anakku yang sangat comel dan nakal. Netbook ini kita boleh detached daripada keyboardnya. Jadi netbook ini boleh berfungsi sebagai netbook dan juga tablet.
Di keyboard asal sudah ada kelengkapan USB port sepertimana laptop biasa. Jadi sudah rosak ni, macam mana nak pakai USB port lagi? Nak cucuk USB untuk keyboard dan mouse kan sudah leceh. Nak menangis dibuatnya.
Saya teruslah browse di Shopee, Lazada untuk cari keyboard yang sesuai. Dan applikasi bluetooth sangat bagus kerana tidak memerlukan sebarang penyambuan dari tablet ke accessories. Namun oleh kerana saya was-was untuk membeli dan kecewa. Saya hubungi customer servise netbook saya ni. Malangnya! Malangnya tiada keyboard pengganti. Keciwanyaaaaa
Jadi mereka jugalah yang rekomen kepada saya untuk pakai produk ni. Keyboard bluetooth. Harganya RM 199. Tetapi jalan punya jalan. Terjumpalah keyboard yang sama dengan harga lebih jimat iaitu RM150. Wah!
Masalah utama semasa nak beli produk ni dengan customer servise ialah kita tak dapat cuba dahulu size peletak tablet. Jika anda perasan, ada lubang di keyboard untuk kita letakkan tablet atau handphone anda. Netbook saya yang agak panjang ni merisaukan customer servise tersebut. Disebabkan produk tersebut di seal dan tidak dibenarkan untuk mencuba.
Keistimewaan keyboard bluetooth ini selain sangat mudah digunakan ialah kita boleh setting 3 produk berlainan menggunakan keyboard ni. Hanya perlu sambungkan sahaja dan setiap satu produk satu setting.
Kan sukar nak menaip bila mengarang. Buat skrip writing ke kan? Jadi dengan keyboard ni anda boleh mengarang dengan jari yang tidak sakit lagi. huhuhu. Best tauu. Meh la order.
Korang leh cari keyboard bluetooth dari Logitech kay :)
Abaikan mejaku itu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan