Faedah Bersauna
Faedah dan Kebaikkan Bersauna:
Aktiviti Bersauna ini sesuai jika anda:
1) Mempunyai masalah berat badan
2) Ibu-ibu selepas bersalin dan berpantang
3) Badan sentiasa letih, lenguh-lenguh dan tidak bermaya
4) Stress
5) Ingin mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam tetapi tiada masa
6) Ingin kekal sihat (sauna dapat menyingkirkan toksin dalam badan)
Bersauna atau bermandi stim memang menyihatkan tubuh badan, meringankan badan dan terasa segar selepas melakukan aktiviti tersebut. Saya sudah memiliki sebuah set sauna di rumah jenis portable sauna jenama Omizu ni selepas kelahiran anak ketiga. Kisahnya suami la satu hari pulang ke rumah dan beritahu saya tentang kebaikkan bersauna ni. Lebih-lebih lagi masa tu saya baru sahaja lepas pantang begitulah. Semasa pantang pula tidak lah berpantang sangat. Mana tidaknya, berpantang sendiri di rumah sambil menjaga 2 anak kecil lagi. Balqis dan Qisya masa tu baru berumur 4 tahun dan 2 tahun. Macam tak berpantang pun kan kalau anak-anak kecil dan sedang lasak membesar. Sambil suami ceritakan tu yang kawan dia memang selalu ambil servis dari Omizu ni, jadi pihak Omizu datang ke rumah untuk sesi bersauna, satu sesi RM120. huhu. Tup tup rupanya suami sudah pun plan dan ambil servise sauna di rumah, maka malam tu bersaunalah saya. Dipendekkan cerita memang best bersauna dan itu kali pertama sebenarnya saya melakukan aktiviti sauna.
Pengalaman bersauna pertama kali memang mengujakan. Badan rasa ringan. Agen Omizu tu maklumkan ada pelanggan yang terus ke toilet dalam sedang bersauna. Maknanya detoks badan sekali kan? Baguslah begitu. Ada juga selepas tu kerap buang angin. Disebabkan saya rasa seronok bersauna dan agen tersebut menerangkan banyak kelebihan sauna khususnya buat wanita. Kami terjebak juga akhirnya kami terus tempah satu set sauna Omizu.
Bestkan bersauna?
Anda pernah bersauna?
Saya tunjukkan set sauna saya di rumah ya.
Nak kata guna terlalu kerap tidak juga. Tetapi sejak anak ke 4, saya gunakan sauna ni sekurang-kurangnya 2 kali sebulan atau bila badan terlalu letih dan lenguh.
Saya guna mandian herba untuk sauna. Ianya jauh lebih baik dari air kosong semata-mata.
Mandian herba dari Libo Spa. Harganya RM19 sahaja sebunjut. Boleh digunakan berkali-kali sehingga warna air jernih.
Kelebihan dan Kebaikkan Bersauna
- Menggantikan aktiviti berjogging dan bersenam.
- Membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
- Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
- Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
- Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dll.
- Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.
- Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.
- Membersihkan kulit dan kelihatan segar, halus dan licin.
- Memecahkan lemak-lemak yang berlebihan dalam badan anda.
- Menghaluskan kulit. (Tips menghaluskan kulit, lakukan lulur/scrub badan selepas anda bersauna. Hasilnya kulit anda akan bertambah halus dan gebu.)
- Menghilangkan kesakitan sendi, arthritis, urat dan sengal-sengal badan.
- Membantu masalah sukar tidur.
- Menjadikan badan terasa lebih ringan dan bertenaga.
- Sangat baik untuk wanita yang baru lepas bersalin bagi menggantikan tangas
- Menyembuhkan luka-luka selepas bersalin.
- Meningkatkan kadar metabolisme yang membantu dalam mengurangkan berat badan.
- Terbukti dapat menurunkan berat badan secara pembakaran lemak dari dalam.
- Dapat megeluarkan toksik dari dalam badan secara perpeluhan.
- Meingkatkan sistem sistem kardiovascular.
- Meningkatkan sistem immunisasi badan.
- Mengurangkan keletihan dan membolehkan anda tidur nyenyak.
- Berupaya menghilangkan stress dan meningkatkan kualiti hidup.
- Membantu merehatkan otot-otot .
- Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisma badan.
- Berupaya menggantikan sel-sel kulit yang mati dan menjadikan kulit lebih halus,berseri,licin dan segar.
- Meredakan selesema dan demam.
- Mengurangkan sakit sendi.
- Mengurangkan angin dalam badan.
- Memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
Fakta Tentang Sauna
Bersauna selama 15 minit membakar 400-600 kalori. (TERBAIK)Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori.
Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori.
Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori.
Ada 2 jenis sauna yang anda boleh gunakan di rumah sendiri; portable sauna atau blanket sauna.
Kebaikkan dan faedah saunanya sama tetapi yang mana lebih baik dan memudahkan?
Oleh kerana saya sudah mempunyai pengalaman dan mempunyai portable sauna. Ini adalah kekurangan bagi portable sauna
1. Perlukan bekalan elektrik
2. Tidaklah sesenang untuk dibawa merata seluruh rumah (dah letak setempat situ sahajalah)
3. Leceh dijadikan portable sauna untuk dibawa keluar rumah - mengambil masa lama untuk pasang semula (perlu diassemble dan dicantum setiap masa kalau nak bawa keluar dari rumah contohnya lah)
3. Panas dari steamer adakalanya menyakitkan kulit (untuk omizu brand kain saunanya berkualiti tetapi badan tidak tahan pula dengan stim yang kuat. Oleh itu kulit selalu kemerahan sakit menyebabkan saya kurang selesa bersauna terlalu kerap). Jika anda mahu gunakan portable sauna, pastikan steamer ada 2 set stim iaitu kuat dan perlahan. Biasanya saya gunakan yang perlahan jika mahu bersauna lama.
4. Masa lebih lama diperlukan untuk menyiapkan sauna (biasanya saya mengambil masa 15-20 minit untuk portable sauna boleh digunakan bagi saya ianya time consuming- nak cepat gunakan air panas siap-siap)
5. Tidak pernah dicuci sebab malas nak tanggalkan. Opps
Bagaimana pula dengan SAUNA BLANKET?
👍🏻 Kain yg kalis air & udara, wap herba terkumpul dalam blanket
👍🏻 Boleh bersauna bila-bila masa je kat rumah dan di mana sahaja. Mudah di bawa dan digunakan.
👍🏻 Boleh dicuci dan mudah disimpan
👍🏻 Boleh bawa ke mana saja atau travelling
👍🏻 Selesa
👍🏻 Kain berkualiti dan tahan lasak
👍🏻 Tidak perlukan sambungan elektrik (jimat elektrik)
👍🏻 Rasa sauna dengan steamer semulajadi tidak meradangkan kulit malah rasa suam yang menyamankan sambil berpeluh sihat
Jom tengok cara pakai blanket sauna ni memang mudah. Bolehlah bersauna depan tv dan bersama anak-anak.
Bila saya bersauna dengan portable sauna dan ada anak kecil. Saya selalu risau mereka terkena panas steamer. Bukan tak boleh buat malam semasa mereka tidur tetapi masa kita tu tak menentu. Buat pagi terjaga pula. Owh, masa ibu dengan anak kecil jarang yang menentu.
Bila guna blanket sauna kita tidak risau anak terkena panas atau mereka nakal di sisi anda.
teruskan sahaja bersauna tanpa risau :)
Jika anda dapat luangkan masa bersauna ni setiap hari 20 - 30 minit mampu turunkan berat badan tahu!
Bestkan?
Nak gunakan apa untuk mandian sauna?
Saya ada tunjukkan mandian herba di atas kan? Saya gunakan mandian herba dari Libo Spa
"RAHSIA KECERGASAN WANITA DAHULU TELAH TERBONGKAR"
Kini tidak lagi menjadi rahsia apabila kami membawanya ke pintu rumah anda
Secara tradisinya, mandian herba dipercayai dapat membantu wanita-wanita:
🌿Mengembalikan tenaga
🌿Membuang angin dalam badan
🌿Menghapuskan bau
daripada lokia (darah
nifas) dan rembesan lain;
🌿Merawat urat-urat yang
sengal
🌿 Mengatasi masalah MEROYAN ( tekanan perasaan) semasa dalam pantang
🌿 Mengeluarkan ketulan-ketulan darah nifas
🌿Tidur yg lebih lena
🌿Menghilangkan stress
🌿Menyegarkan dan mewangikan badan
Kandungan herba-herba tempatan seperti daun capa, meringan, serai wangi, sirih, balik angin, lemuni dan garam bukit himalaya. .
Kalau nak cari sendiri daun-daun ni balik rebus memang tak lah kan. . Ada Terapi Spa ni senang, rebus dan terus mandi. .
Macam tak percaya! Hanya terapi dengan ramuan herba badan rasa segar sangat. . Melegakan lenguh-lenguh urat saraf. . Memberi aura tenaga yang berpanjangan. . Tidur pun nyenyak. .
Cara Penggunaan:
1 bunjut Terapi Spa direbus bersama 1 liter air sehingga mendidih. Campurkan dgn air sejuk hingga menjadi suam dan boleh mandi. 1 bunjut boleh ulang rebus sehingga 3 kali atau sehingga air menjadi jernih
(4 bunjut -penggunaan : 12 -@15 kali mandian)
*Bagi ibu lepas bersalin samada secara NORMAL/PEMBEDAHAN boleh mula mandi herba seawal 2 hari. .
Ingin dapatkan set blanket sauna?
Alhamdulillah. Saya ada menjualnya malah menggunakan produk dari Libo Spa ni.
Anda boleh mendapatkan set sauna secara loose atau pun lebih mudah complete set terus. Jadi tidak perlulah kalian pergi kedai pula atau bersusah nak cari keperluan set sauna ni kan?
Complete Set Home Spa
1. Kerusi Tangas - RM135
2. Sauna Blanket - RM90
3. Terapi Spa Mandian Herba - RM19/ sebunjut
4. Terapi Spa Mandian Herba - RM 64/4 bunjut
Harga promo = RM 173 RM 160
Postage = RM 20 Semenanjung/ RM 30 SS
Courier = KTMB
Harga promo = RM 289 RM 270
Postage = RM 20 Semenanjung/ RM 30 SS
Courier = KTMB
Harga = RM 135
Postage = RM 15 Semenanjung/ RM 30 Sabah Sarawak
Courier = KTMB
Berat = 4 kilogram
Complete Set Home Spa
1. Kerusi Tangas - RM135
2. Sauna Blanket - RM90
3. Terapi Spa - RM19
4. Terapi Feminin - RM45
5. Periuk + Batu - RM20
Total - RM309
Complete Set Home Spa
1. Kerusi Tangas - RM135
2. Sauna Blanket - RM90
3. Terapi Spa - RM19
4. Terapi Feminin - RM45
5. PERCUMA Periuk Tanah + Batu Sungai
Total - RM289
Postage = RM 25 Semenanjung/ RM 35 Sabah Sarawak
Courier = KTMB/ Poslaju
Berminat untuk dapatkan produk Libo Spa dan Sauna?
Whatsapp: 018-9100 852
Whatsapp: 018-9100 852
Whatsapp: 018-9100 852
Ohhh bestnya. Boleh bersauna kat rumah la kan. Badan pun ringan dan sihat. Kat rumah jerrr senang tak payah drive after sauna huhu
BalasPadamtak pernah buat semua ni..hehee
BalasPadamBlnket sauna tu nampak mudah betul dan sangat praktikal. Boleh buat di mana sahaja. Mmg banyak dengar kebaikan bersauna nie
BalasPadamFuh.. Sangat menarik TB baca diatas.. teringinnya lah nak bersauna dan bertangas tapi alat-alat nya tak tahu mana nak cari.. ni dah jumpa ni kena kumpul duit pulak la nak beli satu set.. best bertangas dan bersauna ni.. TB berkenan yang paling atas tu.. heee
BalasPadamwah... senangnya bersauna! saya tak pernah lagi mencuba sauna yang begini. selalunya di spa, terutama di hotel-hotel yang saya singgah. Hihi. Apapun cukup bagus ni. senang dan boleh dilakukan di rumah je!
BalasPadamwah boleh ini untuk hadiah istri di rumah
BalasPadamTq atas pencerahan ini. Selama ini tertanya juga apa bezanya. Skrg dah jelas
BalasPadamI prefer FIR Sauna. You should give it a try too
BalasPadambest yer boleh bersauna di rumah, biasa bersauna di spa dan hotel.
BalasPadamSauna bagus buat ibu2 pas bersalin
BalasPadamOh I haven't heard about this before. Will need to check it out soon- thank you for the share!
BalasPadamwah.. harga mampu milik.. ingatkan mahal betul.. kalau macam ni dah tak yah pergi jauh2 ke bandar untuk bersauna.. hehe
BalasPadam