Saya baru jugalah bertemu dengan krim kecantikan Women Desire Essential Cream (WDEC) ni beberapa bulan lepas, tetapi tengok sahaja. Testimoninya menarik perhatian dan method applikasi penggunaan krim sangat menarik perhatian saya. Setelah terpengaruh, lalu saya beli satu untuk diri saya minggu lepas. Jadinya, saya baru jugalah memakai krim kecantikan WDEC ni. Jom kita lihat dahulu bagaimana krim Women Desiree (WD) dari Nadeen Beauty ni :)
Women Desiree Beauty Cream |
Ramuan yang terkandung dalam Women Desiree (WD) |
Sebelum tu, apa sebenarnya krim kecantikan Women Desire (WD) ni?
Untuk set luaran saya memakai set lengkap DMS360. Cuma nak tahu jugalah keserasian krim WD ni dengan DMS. Mana tahu bertambah cantik ke (perasan)
Krim WD berwarna putih susu dan tekstur krimnya sangat lembut dan mudah disapu. |
Keistimewaan Women Desire (WD) Untuk Para Wanita
✔ Menaikkan seri wajah✔ Mencerahkan kulit(Glowing)
✔ Menegang dan memantapkan tisu kendur
✔ Membantu mengatasi/mencegah masalah jerawat dan jeragat
✔ Masalah eyebag
✔ Membantu mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata
✔ Mengurangkan kesan Parut
✔ Megurangkan Blackhead
✔ Mengurangkan kulit berminyak
✔ Menjaga kelembapan kulit
✔ Anti penuaan (awet muda)
Baca juga: Pengalaman Buat Laser Jeragat
Ramuan Utama Women Desire Essential Cream:
EKSTRAK PUERARIA MIRIFICA
✔ Bertindak sebagai penstabil hormon estrogen anda
EKSTRAK AKAR TREE PEONY
✔ Bertindak sebagai antibodi untuk mengeluarkan toksik dari badan anda
ARBUTIN
✔ Ekstrak berberry yang boleh mencerahkan kulit serta sebagai agen anti penuaan
EKSTRAK AKAR SCUTELLARIA BAICALENSIS
✔ Menyerap sinaran UV serta melindungi anda dari radikal bebas untuk mengurangkan risiko tumbuhnya jerawat
CETEARYL GLUCOSIDE
✔ Menjaga kelembapan kulit anda dari kering
GLYCERIN
✔ Mengurangkan kesan parut pada kulit anda
Dan BERBAGAI LAGI INGREDIENT HEBAT yang hanya terdapat di dalam satu botol
Ramuan WD ni lebih kurang juga dengan set asas DMS sebenarnya. Alhamdulillah. Semoga kulit jadi lebih bersih dan dengan adanya peuraria mirifica yang dapat menstabilkan hormon kita. Insha Allah, kulit jadi lebih sihat. Dan melihat pada banyak testimoni, katanya krim WD ni juga dapat menurunkan berat badan. Haaa, sebabnya krim yang dicalit di nadi dapat membersihkan toksin seluruh badan kita. Gitulah. Doalah dapat turun 3-kilo ke kan bila konsisten pakai WD ni. huhu
CIRI-CIRI WOMEN DESIREE ESSENTIAL CREAM
✔ BUKAN SKINCARE, BUKAN SUPPLEMENT, BUKAN PIL
✔ Color : White
✔ Testur : Likat dan tak tumpah
✔ Perkilangan Bertaraf GMP
✔ LULUS KKM
✔ Keluaran BUMIPUTERA
✔ Buatan MALAYSIA
✔ Selamat untuk ibu menyusu
✔ Selamat untuk ibu mengandung
✔ 15 gm (Utk kegunaan 3-5 Minggu)
Baca juga: Kebaikkan Bio Essence Rose Gold Water Untuk Kulit Wajah
CARA GUNA WOMEN DESIREE ESSENTIAL CREAM
✔ Guna 2 kali sehari iaitu selepas mandi
✔ Pakai di 2 tempat iaitu wajah & nadi
✔ Sapuan krim tidak perlu tebal
✔ Sapuan WAJIB 2 kali sehari pada 3 point penting iaitu nadi pergelangan tangan, nadi leher (hujung rahang, bawah telinga) dan ari-ari (3jari dari bawah pusat)
Noted : Tahap keberkesanan mungkin berlainan bagi setiap individu. Tapi yang Paling PENTING, Setiap pengguna akan mendapat Kepuasan & Hasil yang diinginkan. Banyakkan Minum air Lebih dari 3 Liter sehari untuk mendapat Kesan yang MAXIMUM.
✔ Sapuan krim tidak perlu tebal
✔ Sapuan WAJIB 2 kali sehari pada 3 point penting iaitu nadi pergelangan tangan, nadi leher (hujung rahang, bawah telinga) dan ari-ari (3jari dari bawah pusat)
Noted : Tahap keberkesanan mungkin berlainan bagi setiap individu. Tapi yang Paling PENTING, Setiap pengguna akan mendapat Kepuasan & Hasil yang diinginkan. Banyakkan Minum air Lebih dari 3 Liter sehari untuk mendapat Kesan yang MAXIMUM.
Packaging Women Desire Terkini 2023
Testimoni Pengguna Women Desire (WD)
Soal Jawab MENGENAI WOMEN DESIREE ESSENTIAL CREAM (WDEC)
Q : WDEC tu apa?
A : WDEC atau "Women Desiree Essential Cream" adalah dihasilkan daripada formulasi khas menggunakan BIO teknologi khas yang dapat meresap terus ke dalam kulit. Hanya calitan dari botol jar WDEC dan sapuan nipis ke permukaan kulit.
Q : Apa fungsi WDEC?
A : Fungsi produk WDEC adalah untuk menaikkan seri wajah dan mencerahkan kulit (glowing), menegang dan memantapkan tisu kendur dengan pantas, membantu mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata, mengurangkan kesan parut, membantu mengatasi masalah jerawat, mengurangkan blackhead, mengurangkan kulit berminyak, menjaga kelembapan kulit, anti penuaaan (awet muda) dan memudarkan jeragat dengan rawatan dari dalam serta mengatasi masalah eyebag.
Q : Harga berapa? Berapa lama boleh tahan?
A : Harga RM60 SM/RM80 SS. Tahan untuk sebulan setengah hingga 2 bulan penggunaan.
Q : Macam mana cara guna?
A : Sapu di 3 nadi utama : pergelangan tangan, leher, dan ari-ari. 2 kali sehari selepas mandi.
Q : WDEC boleh calit lebih 2 kali sehari?
A : Boleh. Tiada masalah tapi kena tahu yang sistem dalam badan kita hanya ambil yang perlu sahaja,,yang tidak perlu akan dibuang. 2 kali sehari sudah memadai.
Q : Kenapa sapu di nadi?
A : Kawasan nadi kita tu terdapat pembuluh darah, dengan sapuan di nadi-nadi ianya menyerap 12 kali ganda lebih cepat melalui saluran pembuluh darah dan meresap ke seluruh tubuh badan anda dan bersedia untuk merawat dalaman anda secara terperinci.
Q : Macam mana krim WDEC bekerja?
A : WDEC merawat melalui sapuan di "3 point nadi utama" dengan sapuan di nadi itu. WDEC akan meresap 12 kali ganda serapan teknologi nano ke dalam kulit dan merawat melalui saluran darah di seluruh tubuh badan dari otak hingga ke hujung jari kaki.
Q : Boleh ke WDEC sapu di tempat lain selain nadi?
A : Boleh. WDEC ada pelbagai fungsi. Boleh sapu di luka, boleh sapu di hidung jika selsema, boleh sapu di perut jika kanak-kanak kembung perut dan banyak lagi.
Q : Bermula umur berapa boleh guna?
A : Sapuan di nadi seeloknya remaja selepas datang period.
Q : Pregggy mummy dan dalam pantang boleh guna ke?
A : Boleh. Kami ada banyak feedback cust semasa pregnant dan berpantang menggunakan wdec. Malah ada yang turun 10 kg semasa berpantang.
Q : Masa period boleh guna tak?
A : Sangat bagus untuk guna. Melancarkan aliran dan dapat kurangkan sengugut.
Q : Kesan berapa lama?
A : Kesan untuk satu-satu penggunaan, sangat bergantung kepada dalaman kita. Konsisten calit/sapu setiap hari. Lainlah dalaman awak tiada masalah seminggu dah rasa perubahan!
Q : Apa tips gunakan WDEC?
A : Minum air 3 liter sehari supaya cepat proses penyerapan berlaku.
Q : Ada kelulusan KKM?
A : Ya Ada. KKM & BPFK Approved
Disebabkan saya baru sahaja guna WDEC ni, dan wajah saya tidak mempunyai masalah kritikal. Oleh itu kesannya masih belum pasti. huhu, maaf ya. Insha Allah kita haruslah konsisten, amalkan banyak air masak dan lihat sebulan kemudian bagaimana.
Baca juga: Set Kecantikan DMS360 Untuk Masalah Kusam, Jerawat dan Jeragat
Mengenai kulit wajah saya sendiri, kulit saya jenis kering-normal adakalanya menggelupas tapi sejak amalkan DMS sudah tiada lagi masalah kulit kering ni. Alhamdulillah. Jeragat juga ada, saya mempunyai jeragat sejak di sekolah rendah lagi, kiranya jeragat keturunan lah ni. Hormon juga sangat sensitif walaupun saya tidak mempunyai masalah senggugut tetapi jika tersilap guna atau makan produk hormon, period tidak akan berhenti adakalanya sehingga 3 bulan. SADIS! Cuma kebelakangan ni saya perasan kulit jadi berminyak setiap kali datang haid dan mula tumbuh jerawat (seketul dua). Stress rupanya ada kulit berminyak, sangat tidak selesa apabila bangun tidur dan selalu kena basuh muka supaya kulit selesa lah. Sebab itulah saya nak cuba WDEC, manalah tahu kan hormon tak ok ni boleh ok dengan WD. Sambil cuba krim nadi ni lain dari yang lain. Buat masa ni supplemen yang saya ambil hanyalah jamu dan kopi montok. Jeragat masih sukar untuk hilang namun kita faham bukan mudah nak hilangkan jeragat, kerana jeragat tidak sama kesnya dengan masalah jerawat. Jerawat akan hilang mengikut usia dan manakala jeragat semakin subur apabila gagal menjaga dengan baik. Memandangkan jeragat saya ialah jeragat keturunan, saya tidak mahulah ianya merebak atau semakin teruk. Biarlah pudar dan dapat kulit cerah bersih sudah sangat mencukupi bagi saya :)
Anda pula bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan