Sibuknya Bisnes Dan Jadi Surirumah pada Masa Sama! Anda Seperti Saya Tak?

Bismillah

Dirasakan saya terlalu tamak adakalanya apabila berniaga pelbagai produk. Dah la stokis dms, agen jualan jam tangan solat kemudian terbaru saya turut serta menjual barangan sauna dan spa.

Tetapi dulu, juga begini. Dulu saya jual produk supplemen, skincare, baju dan tudung. Meriah suasana.

Ada yang berkata kita harus fokus.

Ye benar. Fokus itu terbaik kerana dengan kuasa fokus anda dapat melihat bagaimana anda nak buat jualan, uruskan pelanggan juga mudah anda nak beriklan. Cuba bayangkan jika kalian dalam 1 facebook 10 ke 20 jenis barang kalian duk promot malah berbeza. Mungkin akan memeningkan rakan-rakan yang melihat. Mungkin juga normal. Tetapi ada cara lebih baik iaitu berblog ataupun membuat pengasingan facebook anda kepada beberapa akaun dan menggunakan facebook page.

Dunia online kini tanpa batasan. Anda boleh gunakan apa sahaja medium yang ada semampu anda.

Seperti saya. Saya menggunakan medium blog, shopee, lazada, facebook page dan juga instagram. Itupun sebenarnya tidak cukup tangan. Namun, saya merasakan saya mampu untuk galas perjalanan bisnes saya ini kerana saya meletak harga jualan sebulan itu melebihi dari had kemampuan diri. Oleh itu, jika kalian inginkan sale yang besar dan banyak. Tentu usahanya seperti setinggi gunung Everest.

Insha Allah. Nak uruskan lazada semula dan nak buka sauna untuk rakan-rakan. Anda nak lihat apa yang saya jual? Boleh terus ke kedai online khas yang telah saya sediakan. Maaflah masih belum siap sepenuhnya. Saya baru sahaja siapkan blog ini bulan lepas. Dalam proses memenuhkan entri-entri produk di blog tersebut.

www.butikonlineshoppe.blogspot.my

Buat kedai pakai blogspot je. Ha, nak belajar blog? Boleh juga hubungi saya di 018-9100852.

Share:

31 ulasan:

  1. Saya pun sama suri rumah dan businesswomen. ☺ macam yang orang lain suggest pasal fokus tu, saya pun cuma fokus pada satu je. Shaklee.

    Sekarang pun memang buat spa & train spa. But still under our group Shaklee. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. fokus dms tu 4 tahun dah baru-baru ni sahaja join jualan jam tangan solat dan spa. Spa berkaitan wanita jadi niche masih sama. Cuma harus mula perkenalkan. hehe. Sauna kat rumah pakai portable sahaja. Best juga ada team support. saya bergerak solo nak keluar rumah dan berteam ni agak sukar buat masa ni.

      Padam
  2. Sy pun gunakn medium fb dan ig untuk barang niaga. Ig mudah untuk berhubung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mimi, seronok tengok awak aktif media sosial dan blog. Saya masih rentak slow kalau bab selfie dan gambar peribadi terlalu kurang ditunjukkan. Juga tiada cod, huhu. semoga kita terus sukses

      Padam
  3. Zaman skrg ni mmg nak kena multitask pun. Yg dah bekerja pun mmg buat part time meniaga kebanyakannya. Mcm sy siang kerja. Sampingan menulis blog, pastu ada buat meniaga online kecil2 juga. As a side income.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye benar. saya melihat fenomena rakan-rakan sekeliling majoriti surirumah dan wanita bekerja membuat income tambahan. paling mudah berniaga. semoga kita semua terus konsisten dan sukses.

      Padam
  4. betul sangat. bisnes dari rumah memang kena fokus.

    BalasPadam
  5. surirumah pun kena juga cari side income untuk simpanan sendiri, kalau time perlukan duti dah tak perlu nak minta-minta orang.. tapi paling best kalau bisnes sampingan tu jadi bisnes yang berjaya.. syok kan.. rasa seronok je berniaga dan ber side income..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kita tak tahu masa depan bagaimana. elok merancang sekarang dan ada simpanan sendiri sebelum berputih mata

      Padam
  6. Tahniah atas usaha gigih kamu. Tiada kejayaan dan kekayaan diperolehi tanpa usaha.Gunalah segala media di sekitar kita untuk berjaya.

    BalasPadam
  7. Sama lah kita, belum campur sakit yang lama. Redha je. Sekali sakit terus dua bulan. Tapi 10 bulan sebelum tu pulun keje dan suri rumah dan jaga anak dan travel. Memang sakit tu syukur la straight dan masih hidup. Wuwuwuwu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu. semoga sis terus diberikan kesihatan yang baik tuk kluarga tersayang

      Padam
  8. Kagum org yang jadi surirumah pada ms yg sama buatbkerja2 online. Sbb kena ada disiplin yg tinggi

    BalasPadam
  9. Zaza ada gak buat sampingan buat2 design kad bisnes dan design2 lain.. Duk rumah je.. Blm ada rzki nk keje luar..

    BalasPadam
  10. Fokus dan disiplin tu yg penting. Kalau tak fokus pening jadinya nanti. Semua platform di media sosial kena fully utilise. Kena kreatif nak attract customer. Semoga terus berjaya sis.

    BalasPadam
  11. sekarang suri rumah tangga pun pandai ber bisness... ganbatte!~

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, dah masuk tahun ke-4 jadi househusband... Dok rumah dan uruskan kerjaya seperti biasa... Sebagai freelance je.. Belum minat berniaga barang, just berniaga perkhidmatan je

    BalasPadam
  13. Ciktie tak! Ciktie parti time blogger je ✌️✌️ boleh la ciktie nak berguru ni. Buat blog ini pun main hentam je

    BalasPadam
  14. jika kita buat blog tapi kita tak jual produk, boleh ke kita generate money??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. Sebab itulah wujudnya blogger. sama ada anda blogger yang punyai tinggi trafik, gunakan blog tuk review dan dibayar. atau anda membuat jualan produk anda dan pelanggan mencari anda melalui carian google. setiap hari kita gunakan google untuk mencari informasi yang kita perlukan, informasi ini membawa kepada blog anda jika ianya berkait. untuk lebih pro anda boleh belajar bagaimana memaksimakan blog ke carian google.

      Padam
  15. Sama lah kita...mcm2 produk dok jual. Tak boleh nak harpkan satu produk aje...huuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab pkai blogkan. orang tak stress tengok blog kita berbanding facebook personal. Juga apabila pelanggan google keyword, ia bawa ke entri berkaitan sahaja. Tidak pening kepala

      Padam
  16. Saya bekerja dan jadi online business person pada masa yang sama.. lupa... sekali blogging hahaha. Zaman sekarang kena pandai curi masa sebab masa takkan menunggu kita kan

    BalasPadam
  17. Eh betul sis. Lepas brenti je kerja, jadi suri rumah full time walau takde anak lagi. Lagi sibuk pulak rasanya.

    BalasPadam
  18. I am very busy lifestyle too. thanks for the tips to help

    BalasPadam
  19. Nak belanja business juga secara kecil-kecilan.. I think kena multitask sangat...cos our time so limited

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba planning set masa, tapi sebab ada baby. semua jadual tunggang langgang. bertabah ajelah.

      Padam
  20. Zaman skrg mmg kena multitask..kalau tak mmg la xckup...bukan apa mcm2 nak.kejar dgn biz..keja rumah..fetch anak2 lgi kt sek..pffttt

    BalasPadam