Setelah berminggu menahan sakit gigi, bengkak gusi dan sampai kebas bibir. Akhirnya selamat gigiku dicabut pada hari khamis yang lepas. Malangnya, proses rawatan akibat bengkak gusi dan sakit gigi belum pulih sepenuhnya. Sepatutnya dilanjutkan lagi rawatan dengan pengambilan antibiotik dan biarkan saraf, gusi reda dari sakit tetapi kita tiada ilmu maka kita ingat takpelah. Dan kita cabut gigi tu.
Gigi tu apabila doktor ketuk memang tak sakit sangat. Dibius memang tidak dirasa. Jadi saya pun oklah, kita cabut. Namun, sebaik sahaja gigi dicabut terus terasa kesakitannya kembali. Saya pun pelik. Tapi sebab saya tahu sakit bengkak tu belum surut sepenuhnya jadi mungkinlah sebab tu sakit masih ada. Saya pasrah ajelah dengan pemikiran ianya akan baik kemudian.
Pemikiran tu meleset apabila sakitnya semakin terasa, bahagian dagu bengkak kembali. Denyutan masih terasa di area gigi. Jumaatnya saya menahan la kesakitan dengan ubat tahan sakit. Makan panadol sahaja. Masuk sabtu dan ahad, dah tak mampu dengan kepala sakit. Semua gigi bawah rasa sengal dan sakit. Demam tu macam nak sampai je. Haaa, derita jugak. Dan bila saya cek rupanya dah bernanah di gigi yang dicabut tu. Menangis je rasa. Allah. Dahla menahan sejak isnin 2 minggu lepas, nanah lagi bertambah lagilah masa menahan kesakitan ni.
Jadi, tadi saya berjumpa doktor gigi semula. Katanya urat saraf gigi tersebut dah terkena jangkitan. Dan disebabkan saya cabut gigi dalam keadaan yang belum sembuh menyebabkan jangkitan itu terus berlanjutan. Maka, solusi doktor, dia nak korek semula dan letak ubat dalam lubang gigi tu. Mak aii, term korek tu je dah menakutkan. Saya mulalah rasa seram sejuk. Asyik tanya doktor, sakit ke tak. Doktor kata, "kita bius". Ok.... Bab bius ni saya nak ceritakan kisah trauma saya yang sehingga hari ni menghantui hidup saya dan kisah tadi di klinik.
Alkisahnya, saya pernah disalah bius oleh doktor gigi pada 2 ke 3 tahun lepas hingga separa lumpuh muka sebelah kanan. Mata saya jatuh. Lidah saya kebas sepenuhnya. Saya sukar bernafas gara-gara tak dapat merasa lidah nak telan air liur tak dapat. Keluar bunyi kuat dari mulut sebab asyik nak termuntah. Rehat la kejap dekat bilik kecemasan. Peristiwa ni sangat menakutkan saya sebenarnya. Bila gangguan pada tekak dan lidah sangat tidak selesa dengan sukar bernafas, ketakutan tu Allah sahaja yang tahu.
Berbalik kisah tadi dekat klinik, doktor tu sapu dahulu ubat bius kemudian baru bius pakai jarum. Masa tu hati tenang lagi. Kita ni nak tahu apalah bende yang doktor letak dekat gigi tu, lidah pun merasa. Tiba-tiba lidah kebas, doktor mula cucuk bius. Tak semena-mena badan saya seram sejuk, kepala rasa nak pitam, saya maklumkan pada doktor dan beliau terus cek tekanan darah saya. Bila cek tekanan darah okay, 129/88 malangnya heart rate (degupan jantung) saya tinggi jauh dari normal. Heart rate 103 vs normal 70. Doktor kata saya mengalami anxiety atau hypertension jika saya teruskan rawatan kemungkinan akan pengsan. Masa tu, tangan saya sudah mula menggigil. Saya rasa trauma kes tempoh hari masih menyelubungi diri saya. Saya rasa kesian pada doktor dapat patient macam saya, tapi saya memang takut. Bila lidah kebas kejadian tu seperti rewind semula, saya juga mula batuk-batuk dan nak muntah. Nak tak nak, rawatan korek kena berhenti dan saya hanya boleh ambil ubatan sahaja. Lama lagilah nak baik, doktor kata ambil ubat ni tanpa korek semula, tempoh sembuh dalam 2 ke 3 minggu. Pasrah sahajalah. Gigi lain yang harus dirawat juga terpaksa tunggu sehingga jangkitan tiada lagi. Semoga jangkitan ni cepat sembuh dan saya dapat teruskan rawatan gigi yang lain pula. Makan pun dah kurang, semuanya saya telan. Jika tak, saya minum air sahaja. Kesian pada anak sebab dia fully bf.
Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Semoga kita dapat tabah menghadapi ujian sakit dari Allah dan bersyukur atas nikmatnya.
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Salam sis..saya pun dah jadi mcm sis..ni dah hmpir seminggu masih sakit..
BalasPadam