Mula Berniaga di Shopee Part 1

Selamat datang dan follow Shopee saya tahu! ID: emmemarina
Assalamualaikum

Saya ucapkan terima kasih pada pengunjung blog yang tak henti-henti bertanya bagaimana nak menjual di Shopee. Antara soalan lazim korang

"akak, macam mana nak start jual kat shopee"

"akak, senang ke jual kat shopee?"

"akak, macam mana nak upload produk kat shopee"

Dan banyak lagi.


Jadi insha Allah, dengan izin Allah saya tunjukkan sedikit tutorial. Tolong follow dengan lapangkan dada, banyakkan sabar dan buat dulu ye. Benda-benda ni kene cuba barulah tahu. Bak kata orang, sila godek dengan berhemah.

Jadi part one tutorial mula berniaga di shopee merangkumi asas nak mula. So bagaimana nak mula? Kena buat apa? Apa patut ada?

1. Handphone dan simkad
2. Internet


Kalau takde dua benda asas ni, korang jangan mula. Huhu. Ok, sambung..

3. Produk (mesti kene ada produk sebab nak berniaga kan?)
4. No akaun (tolong buat siap-siap banking online, karang bila shopee masukkan duit korang tak dapat pula nak cek secara cepat. Takkan nak gi bank/atm setiap kali cek duit masuk ye tak?)


Ok. Semua ada ye?

Jadi jom mendonlod apps Shopee MY. Sila donlod apps Shopee Malaysia bukan negara lain ye. Ni kisah benar sebab ada yang bila saya kata, "sis donlod apps shopee dlu ye".. Dia tanya balik, "shopee yang malaysia ke sis?".. Hehe... No komen dik.

Sila donlod apps shopee malaysia. Atas sekali tu ye
Ni interface yang korang akan jumpa bila dah buka apps Shopee tersebut.
Tekan Me. Nampak tak icon Me dekat bawah tu? Tekan dan akan keluar macam gambar saya ni. Ok. Kita nak sign up/ daftar akaun kita. Tekan "sign up"
Verify hp no kita. Ok. Nak bagitahu. 1 hp hanya boleh buka 1 kedai shopee sahaja! Dan tolong ada emel sekali sebab shopee akan notify produk terjual kat emel ya
Ok. Siap kita nak daftar kedai. Nota! Username ni kalau dah set tak boleh tukar. Jadi fikir betul2 barulah letak username. Nama kedai bole tukar, username tak boleh!
Siap!! Inilah rupanya bila anda dah siap akaun di Shopee. Mudah kan?
Baiklah. Ikut langkah-langkah seperti gambar satu per satu. Mudah sahaja kan?

Kelebihan kat Shopee ni anda boleh lihat setiap urusan dengan terperinci hatta sebagai penjual/peniaga atau pembeli. No hidden agenda. Cewah. Saya suka shopee

Jadi apa perlu buat bila dah siap?

1. Perkemaskan kedai shopee anda (letak gambar sesuai, isikan ruangan maklumat kedai, isikan dan lengkapkan maklumat bank akaun anda - refer gambar kedai shopee saya tu)


2. Mula meletak produk jualan


Bagaimana nak letak produk jualan kat Shopee?

Tekan "upload new product"
Pilih mana yanh sesuai. Jika produk dekst album, pilih upload "photos"
Akan keluar borang macam ni. Anda isikan yang wajib. Dah siap submit ya
Nota tambahan: untuk shipping atau pengeposan, Shopee pakai Poslaju. Jadi untuk rebate RM 2 sem/ RM 6 ss anda perlu pakai Poslaju baru dapat rebate.


Kos rebate ni bakal berubah bila-bila masa oleh shopee. Jadi sentiasa cek ye. Ramai juga tanya program FREE SHIPPING BY SHOPEE. Yang ni next entri kay. Selamat bershopee!


Jangan lupa follow kedai kita ye
 www.shopee.com.my/emmemarina


Terima kasih

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan