Apabila Tekanan Emosi Melanda


Antara salah satu habit teruk saya ialah akan mengidam makanan manis setiap kali stress. Malangnya sejak menjadi suri, setiap hari saya stress hingga satu tahap hampir kesemua makanan saya pada hari itu ialah berbentuk manisan semata. Stressnya kepala dan emosi ni sangat mengganggu dan sememangnya menyusahkan. Haha. Ialah mana pula mahu cari coklat khas di taman kecil ini. Harus keluar mencari manisan bagi melepaskan tekanan. Syukur saya tak gemuk disebabkan tekanan berpanjangan.

Anda pula bagaimana?

Sudah beberapa hari kerja-kerja promosi dan upload produk di ecommerce tertangguh. Website DMS perlu diselenggara juga tertangguh. Dari satu dua hari, menyinggah ke minggu. Allahu akbar, memikirkan inilah sumber pendapatan saya.. Adakalanya saya gagal bermuhasabah diri. Semoga Allah ampunkan saya atas pemikiran negatif ni. 

Sesungguh rezeki buat kita telah disediakan. Berlapang dada dan berusahalah sedaya mampu mengikut keupayaan yang telah diberikan. 


Tarik nafas. Hembus.


Semoga pada waktu tertekan ini kita tetap mampu mengukir senyuman buat mereka yang kita sayangi. InsHa Allah. Keep calm and keep motivated😁


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan