Menghimpunkan pengalaman ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk ‘resign’ dan menumpukan perhatian kepada urusan rumahtangga dan menjaga anak-anak, ebook ini adalah bahan bacaan yang bermanfaat buat ibu-ibu berkerjaya di luar sana yang mempunyai matlamat yang sama tetapi masih mencari inspirasi bagaimana mahu melakukannya.
Selain kisah inspirasi ibu-ibu ini, terdapat juga 1 bab yang berkisar tentang soal jawab yang banyak menjadi kerisauan ibu-ibu yang mahu meninggalkan kerjaya dan menumpukan perhatian kepada urusan rumahtangga. Antaranya adalah bagaimana untuk bermula dan membuat persediaan yang sesuai? Bagaimana mahu mengimbangi masa dan menguruskan anak-anak? Apakah cabaran-cabaran pada tahun awal berhenti kerja? Persoalan ini dijawab dengan baik berdasarkan himpunan pengalaman ibu-ibu yang lain dan inshaaAllah boleh mengurangkan kegusaran sekiranya anda mempunyai niat mahu berhenti kerja tetapi masih tercari-cari arah dan tujuan seterusnya apabila berhenti kerja.
Bab yang terakhir merupakan perkongsian pengalaman secara temuramah dengan 10 ibu yang menjadi usahawan yang membuat bisnes dari rumah. Antara yang sangat bermanfaat bagi saya dalam bab ini adalah tentang jawapan seorang usahawan tentang apa nasihat bagi surirumah yang bercita-cita mahu bekerja/bisnes dari rumah.
“Disiplin dan pembahagian masa amat penting. Walaupun bekerja dari rumah, etikanya dan disiplinnya adalah sama seperti kita bekerja pejabat, hanya sedikit fleksibel. Setiap suri yang bekerja dari rumah perlu mempunyai “workstation‟ atau ruang kecil yang diperuntukkan khas untuk urusan pejabat agar minda terarah dengan lebih baik. Buat jadual harian bagi membahagikan masa suri untuk keluarga, diri dan bisnes. Urus emosi sebaiknya dan berhati-hati agar tidak terbawa-bawa emosi semasa berurusan dengan pelanggan, pekerja dan keluarga. ….. “
Yang paling saya suka adalah ayatnya yang terakhir “Set target-target kecil harian agar suri boleh melihat progress‟ bisnes/kerja anda setiap hari. Bergembiralah dengan setiap pencapaian, walaupun kecil ianya akan memberikan semangat untuk teruskan. “
Apa yang ditulis dalam ebook ini memang sangat relevan terutamanya kepada ibu-ibu yang masih dalam proses membuat keputusan hendakresign, ibu-ibu yang sedang membuat persiapan hendak resign, bahkan ibu-ibu yang baru sahaja resign. Jangan merasa diri berseorangan, kerana ramai ibu-ibu di luar sana yang melalui pengalaman yang hampir sama dengan anda. Belajar melalui pengalaman mereka inshaaAllah jika anda mahu melalui jalan yang sama, persiapan anda secara mental dan fizikal akan lebih teratur berbanding meletakkan jawatan begitu sahaja.
Ulasan: Puan Norarfah Suut
Apa Isi Kandungan Yeah Mama Sudah Resign?
Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.
Buku ini berbentuk PDF atau buku digital - ebook. Kalian boleh membacanya di mana sahaja, mudahkan?
Ingin memiliki ebook Yeay Mama Sudah Resign?
Berita baik, kami ada promosi yang masih berlangsung iaitu RM30, anda dapat 3 buah ebook suri rumah :
1. Ebook Super Wahm Super Mom
2. Ebook Yeay Mama Sudah Resign
3. Ebook Suri Rumah Zero Hutang
Terus whatsapp saya di 018-9100 852
Tiada ulasan:
Catat Ulasan