Konsisten Menulis Setiap Hari - Ibu Bekerja Sendiri

Bismillah

Menulis setiap hari di blog adakalanya memerlukan fokus dan keazaman yang tinggi walaupun sekadar menulis catatan harian. Untuk menulis dari hati, ia memerlukan mood bak kata rakan-rakan blogger dan habit. Jika anda sudah lama tidak menulis, anda akan rasa sukar meluahkan. Makin lama ditinggalkan makin sukar menulis dan akhirnya penulisan dan idea menjadi tumpul.

Saya kagum akan blogger yang menulis setiap hari tanpa jemu. Menulis dengan penuh kasih sayang. Semoga saya juga dapat konsisten menulis setiap hari buat pembaca semua.

Ini blog saya, hanya seorang suri rumah berniaga secara online melalui platform blog dan apa jua yang ada di alam maya. Berniaga sambil membesarkan 4 orang anak sangat mencabar. Namun, saya yakin jika kita teruskan usaha dan percaya bahawa Allah telah sediakan segalanya yang terbaik buat hambaNya, maka kenapa kita harus berfikiran negatif.

Kesibukan dan ujian membesarkan anak-anak, menguruskan rumah sambil berniaga adalah ibadah buat kita selagi kita masih hidup. Apa yang kita harus lakukan ialah teruskan bersemangat melakukan apa jua aktiviti dan percaya bahawa Allah telah pun menyediakan rezeki buat kita. Jika berniaga secara online ini ialah kerjaya dan rezeki buat keluarga saya. Saya sangat-sangat bersyukur. Walaupun penuh hiruk pikuk membesarkan anak-anak hingga adakalanya stress hingga tumpul segalanya tetapi hanya ini sahajalah masa saya dapat melihat mereka semua membesar dan menjadi rakan terbaik mereka. Bukan sekadar membesarkan tetapi mengajarkan mereka akan dunia dan Islam. Semoga saya mampu lakukannya.

Buat kalian suri dan isteri bekerja, buatlah setiap perkara itu kerana Allah. Insha Allah yang keruh akan jadi jernih. Yang kusut akan jadi tenang. Yang murung akan bertukar menjadi bahagia.


p/s: saya nak kongsikan sebuah buku baru berkisahkan inspirasi ibu bekerja dari rumah. Edisi ini masih sedang disiapkan untuk final stage. Insha Allah akan keluar tidak lama lagi. Jika kalian mahu keluar dari kepompong kebiasaan ibu-ibu. Ikuti kisah ibu luarbiasa ini. Saya akan sharekan di entri akan datang ya. Nantikan :)




Share:

3 ulasan:

  1. semoga segala urusan dipermudahkan Ilahi.
    all the best ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya doakan kembali kepada sis zue.. jom kita

      Padam
  2. Assalamualaikum. Semoga kita semua dapat terus konsisten dalam menulis setiap entri-entri yang lebih bagus.

    BalasPadam