Sejak kecil, ramai bertanya "awak orang mana?, "asal dari mana?"
Soalan ini adakalanya terlalu mengelirukan kerana kami hidup berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat, adakalanya dari negeri lain ke negeri lain. Walaupun tidak menjajah satu Malaysia lagi, namun memanglah soalan ini memeningkan kepala saya. Hehe
Abah dibesarkan di Negeri Sembilan, manakala emak di Johor dan perkahwinan antara seorang askar dan guru membawa kepada perpindahan dan adik-beradik dari pelbagai negeri contohnya saya sendiri dilahirkan di Alor Setar, Kedah. COP! Walaupun demikian macam la busy sangat berpindah randah, tidaklah terlalu kerap, akhirnya kami menetap di satu lokasi iaitu di Mindef, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, tiada pertambahan adik di sini. Huhu.
Kami mula menetap di Kuala Lumpur pada usia saya 8 tahun sehinggalah 16 tahun, akhirnya apabila abah bersara sebagai tentera, abah mengambil keputusan untuk kembali ke Negeri Sembilan dekat dengan arwah Tok Wan. Masa itu, satu-satunya nenek saya yang masih hidup ialah Tok Wan. Jika disebut mengenai apa ingatan saya paling dekat dengan Negeri Sembilan selain kampung kelahiran abah ialah setiap kali abah bawa kami bercuti mesti akan ke Port Dickson.
"Abah, jomlah kita pergi jalan-jalan bercuti"
Jawapannya nanti.. kita semua akan dibawa ke pantai Port Dickson.
Kami semua suka bermandi-manda, malangnya saya masih tidak tahu berenang. Abahlah yang selalu membawa kami jauh ke tengah pantai. Teringat adik saya terjatuh dari abah lalu lemas seketika. Banyak pantai di Port Dickson yang anda boleh lawati. Rasanya dah pelbagai tempat abah bawa kami terutamanya di kawasan utama Port Dickson di mana ianya menjadi tempat kunjungan utama seluruh pelancong di Malaysia.
Kali terakhir ke Port Dickson, ialah semasa tahun 2013. Kami bercuti bersama rakan-rakan suami menetap di Apartmen persendirian di sana. Meriah dengan suasana. Seronok apabila memperkenalkan anak-anak dengan pantai. Waktu itu, Balqis dalam usia dua tahun, dan Qisya setahun. Kembali ke Port Dickson mengimbau pelbagai kenangan semasa kecil. Rindukan kesemua kami dapat bermain dan berkumpul bersama, kini nak jumpa kelima-lima adik saya sudah sukar. Menulis entri ini membuatkan saya rasa amat rindu zaman kami ketika kecil, rindu akan adik-adik dan rindukan kenangan percutian kami walaupun setiap kalinya di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Best ke PD? Best.. Dan kali terakhir saya ke sana, suasana di Port Dickson sangat meriah. Banyak perubahan yang berlaku dan sebenarnya kan saya sangat teringin nak menginap di Glory Beach Resort Port Dickson. Kami sekeluarga tidak pernah menetap di sana semasa bercuti, hanya ke PD untuk bermandi-manda kemudian pulang ke Kuala Lumpur semula.
Apa yang bestnya tentang Glory Beach Resort Port Dickson ni?
Pemandangan yang sangat menarik bukan? Hotel dengan pantai persendirian pastinya lebih bersih berbanding pantai awam. Ada kolan renang dan bilik yang tinggi sangat menyeronokkkan.
Dari luar sahaja sudah nampak sangat gah hotel ni. Juga review dari rakan-rakan yang sangat menarik dan resort ini sememangnya destinasi terbaik untuk keluarga ramai, membuatkan saya sendiri teringin untuk bercuti di sini.
Macam book homestay kan? |
Rate Menginap Glory Beach Resort Port Dickson
Rate Glory beach resort port dickson berbeza-beza, anda jangan tertipu bila lihat harga paling murah ye, adakalanya apa yang anda bayar tu tersangatlah minimal atau kurang selesa. Mungkin sesuai untuk backpackers atau bujang. Boleh tengok gambar untuk rate harga terkini di Glory Beach Resort PD
Cara Booking Glory Beach Resort Port Dickson
Insha Allah, jika ada rezeki doakan saya dapat bercuti dan menginap di Glory Beach Resort Port Dickson kay? Jika nak booking, kita boleh booking secara online sahaja. Mentang-mentanglah saya ialah surirumah bekerja sepenuh masa secara online, haaa nak booking hotel juga online. Bukan apa tauu, Tahukah anda menempah hotel secara online adakalanya jauh lebih murah berbanding booking secara talian atau di kaunter? Saya dapat tahu book Glory Beach Resort on Traveloka adalah lebih jimat. Jom ke sana :)
Follow Glory Beach Resort Port Dickson
Website: https://www.glorybeachresort.com/
Baca juga: 10 tempat menarik ipoh
Dni belum pernah sampai lagi. Nak juga ke sana. Moga hajat tercapai, aaamin
BalasPadam