Jangan Takut Rezeki Tak Datang

Bismillah

Seperti kalian, saya juga merasai ketakutan akan rezeki perniagaan yang saya jalankan. Ada masanya bila sunyi wasap tanpa pelanggan. Kita mungkin tertanya-tanya apa yang silap. Kita mungkin sudah mula naik risau bergunung-gunung hingga emosi turut terjejas dan menyebabkan orang di sekitar kita turut terkena dengan sikap kita yang mula negatif atau down. 

Bila kita terlalu risau, akan harta dunia maka belanjakanlah wang yang ada untuk bersedekah. Mungkin Allah mahu kita berehat seketika daripada terlalu memikirkan hal dunia dan harta sedangkan itu kepunyaan Dia. Dia yang memberi, Dia juga boleh menariknya pada bila-bila masa. Tatkala hati kita terlalu khusyuk mencari duit kononnya PERLU, hakikatnya ALLAH LEBIH TAHU KITA PERLUKAN ATAU TIDAK. 

Kenapa?

Kerana manusia hanyalah boneka, yang menggerakkan kita, yang menulis setiap rezeki kita adalah Allah jua. Maka apa kudrat kita melawan ilahi hanya kerana kita risaukan kehidupan kita di dunia yang walau sesaat pun kita tidak tahu apa nasib kita?

Ketika saya menulis entri ini, terasa sale agak menjunam menyebabkan saya risau. Keadaan saya jadi agak baran melihat ragam anak-anak. Saya mula menyalahkan mereka, mula menyalahkan keletihan harian. Tetapi kenapa orang lain masih mampu berusaha? Kenapa saya memberi alasan? Apakah aku tidak berusaha? 

Mungkin juga Allah mahu saya melihat akan perkara lain yang saya terlepas pandang hanya kerana mahukan income besar setiap bulan. Mungkin saya mula alpa akan tugasan yang lain. Hmmm, Ya Allah, janganlah kau serahkan diri pada diriku walau sekelip mata. Jika kita inginkan dunia, maka itu lah kita dapat, tapi mampukah kita hidup tanpa akhirat? Sedangkan itu adalah destinasi terakhir kita,... Allahu akbar. 

Jangan takut akan rezeki yang lewat. Jangan takut akan rezeki yang tidak singgah. Allah menguji hambaNya setiap masa untuk hikmah yang lebih besar. Jika kau inginkan akhirat, akan diberikan kedua-duanya (dunia dan akhirat). Marilah kita bermuhasabah. Teruskan usaha. Teruskan berdoa. Teruskan memotivasi diri anda semua dan kekalkan aura positif. Insha Allah. 


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan