Set DMSONE untuk Kulit Kering Pilihan Saya

Assalamualaikum

Lama tak share produk DMS yang saya sendiri gunakan. Alhamdulillah sudah masuk 4 tahun saya gunakan produk skincare DMS360 ni. Saya adakalanya bertukar-tukar juga, antara set asas DMS360 dan DMSONE. Namun yang lebih sesuai buat masa ini dengan kulit saya yang super kering ni ialah DMSONE. 

Krim siang DMSONE. Pakai setiap hari waktu pagi dan selepas solat Zuhur

DMSONE ni ramuannya lebih kepada melembapkan dan kaya dengan vitamin untuk kulit kita. Disebabkan kulit saya kering dan adakalanya menggelupas bila pakai DMSONE ni, kulit jadi lebih moist/lembap dan jarang menggelupas. Kiranya lebih serasi lah dengan kulit saya ni. Haa, jadi bila kita nak pakai skincare ni. Kene tahu jenis kulit kita tahu. Jangan main tibai je pakai. Tengok si A pakai ok, kita sibuk nak ikut si A. Nak ikut takpe, jika jenis kulit kita sama dan produk skincare tu umum dikhususkan untuk semua jenis kulit, macam set DMS360 lah. 


Ni muka set DMSONE yang saya sedang pakai sekarang


Dermaxsuperskin 360 ni plak sesuai untuk semua jenis kulit. Maknanya kulit normal-kering-minyak pun boleh cuba. Takde masalah. 

Untuk DMS360, saya tak boleh nak tunjuk lagi packingnya sebab sedang dalam proses pembikinan lagi. Cfu tak bagi tunjuk, kang habis kene marah. :) So tunggulah seketika saya akan tunjukkan ya. 

Apa bestnya set Dermaxsuperskin 360 ni?

Ni bukan packing DMS360 sekrang. Bukan ORI juga. sebab dah ada fake di pasaran sama packaging.

Untuk pengetahuan kalian, kedua-dua produk ni berjaya memenangi anugerah antarabangsa bagi produk terlaris dan terbaik. DMS360 menang anugerah pada tahun 2014, manakala DMSONE pada tahun 2017. Ha, alhamdulilah. Jadi gunakan tanpa was-was. Jangan risau sebab produk ni ada KKM dan pregnant pun boleh pakai. Buktinya saya sendiri pakai selama 9 bulan semasa pregnan anak keempat tahun 2016-2017. 

Harga kedua-dua set ni mampu milik dengan kualiti terbaik. Menggunakan korean dermatology sebab itulah muka akan nampak glowing basah gitu. Kedua-duanya ada SPF25. Jadi boleh gunakan produk ini selama 4 jam sebagai perlindungan UV yang berkesan. Sebab tu selepas solat tu, anda silalah pakai balik ye. hehe. Jika nak lebih berkesan boleh tambah foundation DMS yang juga pelbagai guna. As sunblock with SPF50, skincare juga boleh merawat wajah/mencerahkan dan paling best boleh jadikan masker untuk dapatkan kulit lebih gebu, licin dan memudarkan jeragat. 


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan