Apa kabar semua?
Sepertinya jarang menulis catatan harian. Meluahkan dan menceritakan kisah hidup atau gelaran diari merupakan perkara paling sukar untuk saya lakukan. Pernah dahulu saya cuba memiliki sebuah diari, namun akhirnya tidak digunakan. Walau ada banyak kisah untuk ditulis, saya nampaknya lebih gemar memilih monolog berbanding dituliskan ke dalam diari.
Begitulah sehingga ada blog ni, untuk sekadar bercerita walaupun ada banyak kisah yang boleh dikongsi terasa sukar pula. Ada pemikiran yang kalau saya tulis apakah sampai mesejnya bagi kalian? Apakah kisah ini memberi manfaat? Bila mana banyak berfikir, maka lebih banyaklah yang terpendam.
Sudah hampir setahun saya menghabiskan pengajian di peringkat Master. Kejap nak kerja, kejap tak mahu kerja. Bila lihat anak yang masih kecil, saya tak sampai hati untuk keluar bekerja. Lagi-lagi anak kecil saya masih menyusu badan. Dalam perniagaan yang kita sendiri DIY belajar, mentelaah adakalanya menjadi perniagaan kita untungnya lumayan adakalanya tidak. Sakitnya ada bila masa dan kerja rumah terlalu banyak hingga kita kepenatan untuk berfikir.
Sekarang hampir setiap hari jam 9-10 malam saya sudah lelap. Letih sangat setiap hari tau. Mungkin kerana anak kecil ini terlalu aktif dan terlalu kerap bergayut, makan pula selera saya setiap hari makin turun. Tapi kenapakah berat tak turun-turun.. hehehe. Harapan sungguh ni tau nak turunkan bawah 45kilo. Rindunya kurus zaman sebelum kahwin, time tu berat saya dalam sekitar 41-43 kilo sahaja. Sekarang 48-50 kilo. hmmm.. susah rupanya nak turunkan berat badan bila dah naik, lagi2 nafsu makan nasi la kurang, nafsu makan makanan manis tak kurang-kurang.
Walau apa jua kalian sedang lakukan sekarang ini. Pedih. Penat. Kurangkan merungut. Lebihkan bersyukur. Banykkan senyuman :)
Insha Allah, apa jua kita lakukan kita akan rasa senang hati. Jika kalian yang sedang membaca sedang rasa stress akan rumah tangga, nak uruskan rumahlah, anak ramai, kerja lagi. bisnes lagi.. memang akan stress
Kalian harus cari titik kebahagiaan dari situ kalian akan jumpa cara untuk melenyapkan stress kalian dengan kesibukan, hiruk pikuk dan hati yang pecah. Pasangan kita ada yang sempurna, ada yang separuh sempurna, ada yang membuatkan kita seperti mahu hilangkan diri. Jadi carilah satu titik kebahagiaan. Insha Allah, kalian akan rasa bahagia walau teruk pun badai melanda.
Allah itu ada maka kebahagiaan pasti ada. Minta, dan berdoa. Insha Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan