Assalamualaikum. Dah lama saya tidak berkesempatan untuk menulis entri mengenai Shopee.MY. Pelbagai usaha dilakukan akhirnya berjaya mendapat gelaran Preferred Seller walaupun hanya 2 hari sahaja (sabar ajelah). Setelah dikenal pasti rupanya kerana saya telah setkan kedai saya kepada pre order selama 7 hari semasa cuti raya korban tempoh hari.
Antara syarat Preferred Seller Shopee ialah: 80% dari kedai anda wajib ialah produk READY STOK. Maka walaupun niat saya bercuti maka saya setkan 100% PRE ORDER itulah natijahnya buat sesuatu tak tanya dulu. Kalau anda bukan berstatus Preferred Seller tiada masalah nak setkan semua PRE ORDER namun jika anda berniat dan mahu jadi Preferred Seller Shopee maka usahlah buat begitu lagi walaupun bercuti. Anda harus setkan terus kepada ON VACATION atau tiada cuti langsung iaitu tidak kira masa kedai anda haruslah berada dalam keadaan READY STOK. Bila ready stok, maka paling lewat anda boleh lakukan urusan pengeposan ialah 3 hari waktu bekerja.
OK cukuplah bercerita kisah sedih gelaran Preferred Seller Shopee ditarik. Huhu.
Dapatla pengalaman tu insha Allah ada rezeki esok kita dapat lagi gelaran PS Shopee. Aamin
Baik. Sambung kepada entri kita hari ini, iaitu Bagaimana nak poskan barang setelah kita berjaya mendaftar di Program Free Shipping Shopee. Untuk pengetahuan anda, ada dua cara pengeposan dilakukan di Shopee iaitu satu, anda masuk Program Free Shipping Shopee di mana anda akan menggunakan tracking number yang disediakan oleh pihak Shopee menggunakan akaun Poslaju Shopee sendiri. Kedua, anda pos secara biasa tidak kiralah apa jua kurier dan anda taipkan sendiri tracking number di bahagian shipping seperti mana disediakan oleh pihak Shopee.
CARA POS BARANG JIKA ANDA DALAM PROGRAM FREE SHIPPING SHOPEE
Untuk masuk program ini sangat mudah,
Tiada pembayaran dikenakan untuk Seller join program ini!
Seller perlu APPLY untuk join programme ni.
Tunggu sehingga dapat notifikasi pengaktifan daripada Shopee baru dikira Option 1(Program Free Shipping Shopee) aktif. Selagi belum terima notifikasi, anda masih dalam Option 2 (manual pos dan keyin sebagaimana anda lakukan kebiasaannya easy parcel juga dikira dalam option 2).
Bagaimana hendak mendaftar?
Hanya daftar di sini sahaja 👇
https://shopee.com.my/poslajusignup
Anda pilih tarikh terdekat untuk kedai anda diaktifkan, biasanya proses ini mengambil masa 2 minggu.
Walaupun saya sendiri merupakan seller option 1 di bawah program free shipping Shopee tetapi semalam merupakan pertama kalinya saya poskan sendiri. Havoc jugalah. Penat sebab satu parcel sahaja tapi kecoh ke sana sini dengan anak-anak!
APA PERLU ANDA LAKUKAN PERTAMA KALI NAK POS ORDER SHOPEE SETELAH BERJAYA AKTIF?
1. Bila dapat sahaja order, tekan ARRANGE SHIPMENT. Kemudian tekan PRINT AWB (AWB ialah tracking number atau consigment note dari Shopee)
2. Sediakan parcel anda untuk diposkan.
APA ANDA PERLUKAN SUPAYA DAPAT POSKAN BARANG?
1. Anda akan memerlukan BORANG KONTRAK POSLAJU (KOD PL9 BERWARNA PINK). Anda boleh dapatkan di ibu pejabat POSLAJU anda secara percuma.2. CN yang anda dah print kan tadi (AWB)
3. Parcel
Borang Kontrak PL9 berwarna pink. Sup bunjut mandian herba ni ready stok dekat saya, alang-alang teringin nak guna shipping free. HEHE hasilnya takla free sangat dengan kos yang ditanggung. |
Dah cukup semuanya? OK. Bolehlah kita poskan order kita dari Shopee dengan PERCUMA yeay |
Setelah siap semua ini, dan anda isikan maklumat diperlukan di borang kontrak PL9 maka anda bolehlah ke poslaju yang menerima borang kontrak shopee. Pos mini tidak terima borang pink ni kat sini. Maka saya harus ke POS Cawangan untuk urusan tersebut. (SEDIHHH) bukan apa pertama kali kan,, bila tanya rakan-rakan shopee rupanya ada pos yang terima, ada yang tak terima. Gitu pun boleh :) Bila saya berurusan di pos mini mereka terus menolak order shopee saya tu, terasa bodoh seketika sebabnya kenapalah tak bertanya dahulu ini beratur panjang-panjang dengan anak kemudian terpaksa ke tempat lain. Syukur bila call poslaju mereka terus angkat, jadi barulah saya tahu bagi daerah saya ini mana-mana poslaju mini memang tak terima borang kontrak Shopee. Begitulah kisahnya.
Pos Mini yang merijek borang kontrak shopee. huhu. jaraknya ni dalam 3-4km dari rumah, ulang alik around 8-10km |
Jadi jika saya nak gunakan Free Shipping Shopee maka saya harus bergegas ke Pos Cawangan dengan jarak 11 km dari rumah. Kena fikir juga berbaloi atau tidak sebenarnya jika hanya 1 item kemudian komisyen tidak tinggi mana kan dah rugi juga. Walaupun namanya percuma, tapi kos minyak keluar 22 km ulang alik tak termasuk ragam anak-anak dan plus minus beli itu ini jika keluar ianya mungkin tidak berbaloi untuk saya. Maka saya mungkin terpaksa setkan produk ready stok di tangan kepada others (iaitu manual shipping) kerana poslaju mini berada dalam area taman memang ada berbanding 22 km secara ulang alik dari rumah ke POS cawangan berdekatan.
Jadi nasihat saya, jika anda baru bermula berniaga di Shopee maka penting untuk anda lihat poslaju / pos cawangan yang menerima parcel anda vs komisyen anda. Jika anda memang sehari 100 parcel tiada masalah nak ke poslaju dengan jarak yang jauh. Atau lagi best jika anda sebulan dapat 100 order anda boleh pilih pilihan drop off haaa, jadi tak perlu keluar rumah. Hanya tunggu poslaju sampai dan ambil parcel anda. Pilihan ini disediakan oleh Shopee sekiranya order sebulan anda mencecah 100 order sebulan. Jadi jom kita berusaha untuk capai target dan tak perlulah ke poslaju lagi kan? hehe
Alhamdulillah
Pengalaman ini memang best sebabnya bagi saya sebagai dropshipper dan jarang pos barang ni kadang-kadang perlukan ilmu baru. Bila kita uruskan sendiri stok dan poskan barulah kita tahu ragamnya suplier dan biz partner kita kan. Syukur alhamdulillah, majority biz partner saya sangat baik. Sangat saya hormati. Kami semua dah bersama sangat lama dan bagi biz partner yang baru khususnya khas untuk Shopee juga banyak membantu saya sendiri. Maka, memang benarlah dalam bisnes ini kita perlukan rakan dan support yang baik maka barulah kita dapat berjaya. Bina networking sambil belajar bersama-sama. Adakan hubungan yang baik semasa rakan bisnes anda kerana itu merupakan tunggak utama dalam sesuatu partnership.
Jika anda tiada produk dan nak tambah produk di kedai shopee anda, bolehlah letak produk DMS juga. Komisyen saya dapat berikan as dropship DMS dengan percuma postage khas di Shopee ialah sebanyak 20% dari harga asal DMS. Tidak perlu pening kepala nak poskan barang atau setkan postage. Hanya uploadkan sahaja produk kami ke kedai Shopee anda dan rajinkan share dari Shopee ke media sosial selain rajin boost 4 jam produk jualan anda.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamsaya pakai apa2 parcel je.. takde beli tu prabayar
PadamBoleh ke kita jd dropship byk kedai dalam shopee ? Atau kena 1kedai je yg kita blh jd dropship?
BalasPadam