Sememangnya agak sukar bagi saya juga kerana saya menjual produk yang tinggi harganya iaitu hampir 90% produk di kedai saya bernilai RM100 ke atas dan ditambah ujian dengan DMS360 mempunyai persaingan main harga dan tiruan sebenarnya adalah sangat mengecewakan.
Jika kita teruskan usaha, tidak goyah akan halangan dan nafsu godaan untuk turut serta merosakkan harga produk dan amanah mana mungkin Allah hadiahkan nikmat buat kita semua. Saya bersyukur walaupun masih risau adakah saya mampu memikul status Preferred Seller Shopee ini bagi 3 bulan akan datang. Doakan agar saya dapat terus menyandang status Preferred Seller di Shopee atau singkatannya PS Shopee selagi mana ada kudrat dan rezeki berniaga di Shopee.
3 Perkara Penting Anda perlu Tahu Tentang Preferred Seller Shopee ialah:
- Order sebulan sebanyak 50 order
- Tiada penalti
- 80% produk di kedai anda adalah READY STOK
Kenapa Penting Nak Jadi Preferred Seller Shopee Ni? Best ke?
Insha Allah, EBOOK RAHSIA BUAT DUIT SHOPEE dari saya sendiri akan dikeluarkan tidak lama lagi. Anda bolehlah dapatkan, saya terangkan satu persatu dengan video sekali untuk anda tonton. Bukan saya seorang sahaja tetapi ada team yang kuat yang juga otai seller di Shopee yang turut memegang status Preferred Seller lebih dari 3 tahun berturut-turut. Malah ada dalam team kami yanag sale setahun (2017) adalah sebanyak RM500 ribu. Masya Allah. Hebat. Insha Allah beliau akan menulis mengenai TIPS & TRICKS BUAT DUIT DI SHOPEE.
DOAKAN KAMI CEPAT TERBITKAN BUKU SHOPEE YA.
Link shopee: https://www.shopee.com.my/emmemarina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan