Menulis Blog Bersama Blogger Semula Ini Ulasan Saya

Berfikir dan membuat keputusan yang betul adakalanya hanyalah satu penipuan terhadap diri sendiri. Mungkin itu yang terjadi apabila saya membuat keputusan untuk bertukar dari blogspot ke wordpress. 


Alasan saya ialah wordpress lebih baik dari segi traffik, lebih banyak plugin etc etc... Dan mungkin menulis dengan laptop akan memberikan inspirasi lebih baik. 


Ya. Segala kemungkinan itu bagus.


Teknikalnya wordpress memiliki aset yang lebih baik berbanding blogspot. Malangnya, kelemahan utama bagi kita surirumah, saya tidak dapat menumpukan tumpuan menulis sepenuhnya menulis di website dengan laptop yang ada.


Saya perlukan masa itu adakalanya menulis dari handphone.


Ya. Hakikatnya. Menghidupkan blog anda perlu menulis secara konsisten setiap masa. 


Lecehnya bagi saya setiap kali nak kongsikan sesuatu daripada handphone saya perlu transfer gambar atau share gambar tersebut di cloud based sistem seperti dropbox atau google drive ke kan. Tidak okay


Dan selepas berkobar-kobar dah bertukar ke wordpress kita pun install aplikasi wordpress dengan harapan boleh menulis blog kan. Oh tidak! Akaun wordpress saya itu ialah akaun yang saya perlu login ke browser kerana saya menggunakan platform wordpress.org di mana kita menggunakan server dan installation dari hosting sendiri.


Satu lagi infomasi penting yang saya tidak terfikirkan sebelum bertukar dari blogspot ke wordpress. Kita hanya mampu merancang tetapi tidak mampu mengawal situasi kan? Dan sekarang saya sedang menulis sebuah entri menggunakan handphone saya dan akhirnya tidak sia-sia saya tidak menjual keyboard handphone ni.


Ha, kurang kebas jari kita kalau menaip sepanjang-panjangnya pagi ni. Idea penulisan tidak datang pada waktu yang kita inginkan. Ini menjadikan salah satu alasan paling tak logik bila saya kata idea menulis itu akan hadir pada bila-bila masa tanpa kita aturkan.


Saya sangat suka menulis di blog berbanding di Facebook. Saya memang tidak pandai bersosial di laman serba pantas. Old fashion kan?


Saya berharap tahun ini saya dapat menulis lebih banyak inspirasi daripada sekadar berniaga. Almaklumlah, kita ini emak yang berniaga menjemput rezeki dengan pelbagai cara yang ada. Dan saya berharap saya dapat hidupkan kembali perkongsian NGO Amal till Jannah kepada dunia. 


Bantu mereka dalam terus menjalankan dakwah dan misi bersedekah dan berwakaf bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara khususnya negara Islam yang memerlukan bantuan kewangan dari kita. Insha Allah, bila kita lebih banyak memberi tanpa meminta kita akan hidup lebih tenang dan pasti Allah akan membantu dari setiap genap sepanjang hidup kita di dunia ini.


Hasbunallah wa nikmal wakil


Semoga kita semua bertemu lagi dalam catatan harian saya ini. Diharap kalian tidak bosan atau jemu dengan coretan dan bebelan saya ni kan.


Saya doakan yang terbaik buat semua pembaca. 


Yeay. menulis dengan keyboard akhirnya




Sign out

Emme Marina Mohamad

03:34 AM 

Sabtu 

16 Februari 2019

Share:

1 ulasan:

  1. Okay terima kasih atas perkongsian.
    Peringatan berguna juga kepada mereka yang nak bertukar kepada wordpress.

    BalasPadam