Bagaimana Nak Aktifkan Seller Picks Lazada Untuk Boost Kedai Anda

Akhirnya saya berjaya mendapat Seller Picks Lazada. Saya sudah dapat beberapa minggu lepas, tetapi rating jatuh, maka saya terkeluar dari pilihan Seller Picks. Pada mulanya saya sendiri tidak tahu bagaimana nak dapatkan Seller Picks ni. Jika anda nak tahu, Seller Picks Lazada ini hanya akan dibuka apabila kedai anda layak mengikut kuota yang telah disetkan oleh pihak Lazada.


Bagaimana Seller Picks ini boleh diaktifkan? 



Ya, melalui performance kedai anda. Di bawah saya tunjukkan gambar performance kedai saya di Lazada. Seperti biasa, nama branding saya Emmemarina, kedua-dua kedai Lazada dan Shopee saya mempunyai nama yang sama iaitu Emmemarina. Anda boleh lihat dan singgah di kedai Lazada saya di sini kay --> www.lazada.com.my/emmemarina

performance seller picks lazada


Ada 2 kriteria yang harus anda capai untuk dapat Seller Picks di Lazada;-

1. Shipped on Time > 90%
2. Response Rate > 80%

Your eligibility for Seller Picks is dependent on these four factors: Seller Rating greater than 70%, Instant Messaging response rate higher than 85%, more than 3 active Store SKUs and a decorated store.

Dua kriteria ini penting untuk mengaktifkan Seller Picks di kedai anda. Walaupun Lazada tulis situ, 70% tetapi kedai saya dibuka pada 90%, minggu lepas 85% tetap ditutup. huhu.


Apa kelebihan Seller Picks Lazada?


Bagi saya sendiri, tiada yang lebih baik daripada free marketing dari pihak ecommerce itu sendiri. Produk yang anda pilih untuk Seller Picks pula akan mendapat 7 hari marketing secara percuma di laman depan website/ apps Lazada. Permulaan, anda akan mendapat 3 kuota atau 3 produk untuk dipilih, dan kuota ini mungkin akan bertambah mengikut performance anda di Lazada.


Paling banyak, saya mendapat sehingga 6 kuota pada minggu tersebut. Ia sebenarnya bergantung juga kepada performance sale anda. 


Untuk minggu ini, saya mendapat 3 kuota, jika saya berjaya capai sales yang ditetapkan. Kuota akan dibuka lagi.


Quota Reward for 2019-03-11 to 2019-03-17

Achieve GMV of RM 1,512.50, you will get reward quota 1
Achieve GMV of RM 1,787.50, you will get reward quota 2
Achieve GMV of RM 2,200.00, you will get reward quota 3
Achieve GMV of RM 2,750.00, you will get reward quota 4


Tidaklah bermakna zero sales, terus boleh dapat Seller Picks kan? Lazada sendiri memantau dan menyelia performance kedai anda. Ianya bagus untuk diri anda juga. Siapa yang tidak mahukan kemajuan kedai mereka? Tidak kiralah di mana anda buat marketing. Setiap usahawan mahukan keuntungan di tapak mereka berniaga. Usaha tetap diperlukan dan bukannya mengharap pelanggan datang begitu sahaja.


Kita tetap perlu jadikan kedai kita lebih menarik daripada kedai-kedai lain.


seller picks lazada



Ada pro & cont berniaga di Lazada. Anda perlukan modal yang banyak kerana pengeluaran duit jualan anda memakan sama 2 minggu. Sebulan hanya ada 2 kali pengeluaran sahaja. Jadi rancang dengan baik atau sediakan modal yang tinggi.


Lazada hanya dibenarkan menjual produk berupa fizikal sahaja. Anda tidak boleh menjual produk digital atau tiada shipment buat masa ini. Jika anda mahu menjual produk tanpa shipment, boleh cuba menjual di Shopee sebagai platform ecommerce anda.


Belum ada akaun Lazada? Jom daftar sebagai seller Lazada hari ini -->  

https://pages.lazada.com.my/wow/i/my/sell-on-lazada/registeronline/?spm=a2o4k.pdp.header.d2.6aa2234dM1ut83

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan