Cabaran Berniaga di Lazada dan Shopee

Saya menggunakan kedua-dua platform Lazada dan Shopee kini secara aktif. Saya berniat untuk teruskan perjuangan di sini selagi masih ada kudrat dan kekuatan dari segi mentally dan modal. Sudah tentu ada cabaran apabila anda berniaga di kedua-dua ecommerce terbesar di Malaysia iaitu Lazada dan Shopee.


Saya sebenarnya tak hebat pun di kedua-dua platform ecommerce ni. Tetapi saya bersyukur saya diberikan rezeki di sini. Tidak banyak tetapi tidaklah rugi. Rugi kalau tak gunakan platform ini jika anda berkemampuan. Mampu dari segi menyediakan modal dan mampu untuk bersabar menunggu modal kembali.


Lazada dan Shopee kini agak setaraf dari segi demand. Pelanggan tetap menggunakan Lazada sebagai tempat mereka membeli belah, dan Shopee dengan marketing Free Shipping dan mengalu-alukan pembeli sebagai penjual merupakan teknik marketing yang sangat berkesan. Pada awalnya.


Kini, sudah semakin sukar untuk teruskan di Shopee kerana banyak kelebihan yang ditarik dan peraturan yang semakin ketat.


Persamaan Lazada Dan Shopee



1. Pusat membeli belah online sehenti
2. Customer is king
3. Free Shipping priority
4. Banyak giler kempen
5. Fees (Ada fees/tax bila anda berniaga di Lazada dan Shopee)
6. Iklan berbayar (Shopee My Ads & Lazada Sponsored Products)



Perbezaan Lazada dan Shopee



1. Shopee mempunyai interface dan sistem yang mesra, bermakna mudah untuk anda fahami sistem ecommerce Shopee, manakala Lazada mempunyai interface dan sistem yang agak kompleks. Jujurnya pada awal saya join Lazada tahun 2017, memang susah jugak nak faham! Cuma sekarang better lagi lah


2. Shopee ada BOOST option FREE OF CHARGE! Anda bole buat marketing 5 produk di kedai anda secara percuma. Tiada di Lazada, tetapi anda boleh join SELLER PICKS dan produk anda akan disiarkan di halaman iklan Lazada, caranya anda harus buat jualan dan lepas target Lazada. Ada kuota yang akan diberikan mengikut pencapaian sales kedai anda.


3. Modal. Di Shopee anda boleh dapatkan duit anda sendiri dengan pilihan customer click "To Received" atau diberi masa 3 hari lagi untuk duit anda masuk secara automatik ke akaun anda. Lazada mempunyai timeframe waktu withdrawal iaitu duit anda akan masuk sebanyak 2 kali sebulan. Maksudnya, rolling modal di Lazada adalah lebih lama berbanding Shopee.


4. Seller customer servise. Harus saya akui, Shopee dikatakan lebih menjaga kepentingan seller berbanding Lazada. Banyak issue tentang Lazada ni di mana anda sebagai seller bukanlah best priority dari Lazada. Sales anda Ya. Anda tidak :) Hehe


5. Return policy. Akta paling tidak kita sukai. Siapa suka bila kita dah pos barang, dan pelanggan boleh sesuka hati refund barang kita? Dan sebabnya? "CHANGE OF MIND". Tiada orang pun suka dengan pemulangan yang berkenaan hati dan kurang minat ni. Dah la modal rolling lama, sudahnya produk kene refund atas sebab tak munasabah dan harapnya yang refund tu tak rosakkan barang jualan anda pula! inilah cabaran paling teruk di Lazada. Pelanggan anda boleh sesuka hati memulangkan barang mereka dengan alasan paling mudah iaitu "saya berubah fikiran"



Kita mungkin nampak indah je kejayaan orang lain di kedua-dua platform tetapi hanya penjual sahajalah yang faham situasi mereka. Lebih-lebih lagi melibatkan modal. 



Saya pernah hadapi banyak isu pasal duit ni, duit tak masuk hampir 1 bulan di Shopee gara-gara sistem yang tak berfungsi. Sepatutnya duit masuk secara automatik selepas 7-14 hari kan tetapi tak!. Jika saya tak check, belum tentu sebulan tu duitnya masuk.


Situasi duit juga dengan Lazada, 2 bulan lebih baru saya dapat duit jualan di sana. Dan situasi ini bukan berlaku kepada saya sahaja tetapi ramai seller lagi.



Nasihat saya, apa jua platform jualan anda. Tiada proven 100% anda terus dapat sale giler-giler. Dan disebabkan anda sentiasa harus dahulukan modal sendiri, anda harus target berapa jualan sebulan yang anda mampu cover di kedua-dua marketplace ni.



Adatlah ada pro & conts kan? Yang penting anda mencuba. Dropship ke, stokis ke, owner ke, anda semua boleh buat jualan di kedua-dua platform ecommerce ini selagi mana anda berkehendak. Sediakan planning modal anda, dan anda setkan kuantiti produk supaya tidak melebihi kemampuan modal anda. Ini ialah cara terbaik bagi menangani situasi terlebih order dari modal sedia ada.



Berdasarkan pengalaman saya di Shopee dan rakan-rakan Shopee, saya terbitkan ebooks Tips & Trick Lonjakkan Sale di Shopee dan saya perkenalkan Shopee Bot untuk memudahkan marketing anda di Shopee.


Bot buat kerja marketing anda tanpa anda perlu tengok dan buat manual.

Harga RM129 lifetime
bonus Ebooks Tips & Tricks Lonjakkan Sale Shopee
bonus Ebooks asas berniaga di Shopee


Ebooks Tips & Tricks Lonjakkan Sale Shopee
RM39 sahaja




Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan