Selicin mana pun wajah kita dari luar, tetapi hakikatnya whitehead ni sentiasa ada. Jagalah dengan baik sekalipun, jika tidak dibuang secara konsisten anda tidak mungkin akan dapat hidung yang licin walaupun ayat anda mungkin, "saya ni takde jerawatlah!"
Saya pun!
Skincare, scrubbing adalah cara untuk kita mencuci wajah dengan bersih tetapi ianya hanya dari permukaan sahaja. Anda tetap memerlukan alat untuk membuang whitehead kerana saiznya yang amat kecil dan tertanam di dalam kulit. Memakai scrubbing pada wajah hanya melicinkan bahagian atas tetapi tidak cukup untuk mengeluarkan whitehead ini dari tapak asalnya.
Logiknya, jika sudah cukup tiadalah orang berlumba-lumba mengeluarkan produk membuang whitehead dan blackhead kan?
Inilah kisah saya pagi ini. Dah lama sangat saya tidak manjakan wajah dengan rawatan sewajarnya. Pagi ni hidung saya rasa sangat tidak selesa. Saya minta anak saya lihat dekat. Katanya, "eeiii, ada tajam-tajam".
Aduh, kalau macam ni, bila saya pakai foundation buruk lah jadinya kan?
Pepagi ni juga terus saya basuh muka biarkan wajah lembap. Dan terus sapu whitehead dan blackhead remover. Pakainya sangat mudah. Dah sapu tu, tampalkan kertasnya anda rehatlah dahulu 10 ke 15 minit. Dah sampai masa, tarik!
Zass gitu. Ha! Tengoklah hasilnya korang. Dah macam ternak whitehead kat hidung ni. Geli anak saya hehe
Saya ada je beli Dianz whitehead remover malangnya tidak terlalu berkesan. Nanti saya buatkan entri review untuk Dianz ye. Hasilnya memang tidak dapat sebagaimana anda pakai Vietnam Whitehead remover ni. Ini memang produk terbaik untuk buang whitehead dan blackhead anda!
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan