Menjadi surirumah sambil menjadikan ruang di rumah ini sebagai ofis tidak pernah mudah. Anak-anak tidak faham bagaimana mama bekerja tetapi masih di rumah menguruskan mereka, kerja-kerja rumah dan sebagai driver sepenuh masa. Apabila semuanya dilakukan seorang diri oleh mama, anak-anak adakalanya perlu dididik untuk menilai antara perbuatan KERJA atau LEISURE atau selain dari urusan KERJA.
Oleh itu, saya selalu menerangkan kepada anak-anak bagaimana saya bekerja dan siapa saya.
Kebiasaannya, ayat paling simple ialah
"mama berniaga dari rumah tahu"
"kalau mama duduk depan laptop, maknanya mama dah mula bekerja"
"mama ni bisnes, tapi mama tak sama macam orang lain jual sana sini ada barang, barang-barang mama semua kat internet tau"
Bila saya selalu maklumkan, lama ke lamaan anak faham di mana mama bekerja dan kenapa mama boleh bekerja di rumah sedangkan papa tidak.
Dan bila saya tutup laptop dan letak tepi handphone saya, anak-anak juga faham mama tidak bekerja. Jadi bolehlah masing-masing datang mengganggu mama.
Ada kelebihan dan kekurangan bila seorang ibu bekerja di rumah
Masa
Kelebihan: Masa adalah milik anda sepenuhnya. Anda boleh uruskan masa dan buka ofis anda mengikut waktu kesesuaian anda
Kekurangan: Bila waktu adalah milik anda, anda mungkin akan banyak melencong dan tidak disiplin dalam "waktu bekerja anda", kemungkinan besar anda tidak dapat langsung menguruskan masa dengan baik bila semuanya terpaksa dilakukan seorang diri.
Solusi: Walaupun kita ni bekerja sendiri di rumah, susun jadual dari anda mula bangun tido.
contohnya:
5 pagi - tahajud/menguruskan breakfast7 pagi - hantar anak ke sekolah
8 pagi - solat sunat dhuha
8.30 pagi - buka kedai/ofis (untuk ruangan ni, anda boleh perincikan yang mana satu priority kerja/bisnes anda... contoh: - buka shopee bot, beriklan guna software viral, update blog, packing dan pos... etc) anda harus tentukan apa tugasan, jika tidak anda tetap lakukan kerja secara semberono sahaja)
..
dan setkanlah jadual anda sehingga anda tidur malam
Fokus
Apabila seluruh kerja sama ada kerja rumah/kerja bisnes/anak adalah menjadi tugasan anda, anda akan mendapati hidup anda huru hara. Lebih-lebih lagi, ada anak ramai dan banyak jadual nak disusun. Seperti saya, anak bongsu saya berusia 2 tahun masih bersama saya di rumah. jadi banyak tumpuan akan beralih untuk menguruskan dia dari awal pagi hinggalah dia tidur. 3 anak saya yang lain sudah bersekolah, jadual pulang mereka juga tidak sama, ada jam 12 ada jam 1 tgh hari. kemudian hantar mereka ke kafa pula jam 2.30 petang.
Kelebihan: Anda perlu rancang dengan baik, supaya fokus anda ditumpukan pada waktu yang anda ada itu sebaiknya. Seperti saya, 3 jam itu waktu paling emas buat saya. Jadi saya harus gunakan sebaiknya setiap hari.
Kekurangan: FOKUS, tugasan rumah dan anak-anak ini semua ialah diversion anda! Mana satu la nak handle, mana nak dipegang, mana nak diusik semuanya jika difikirkan akan buat anda terduduk. Jujurlah kalau saya tak alami semua ni. Siap mental breakdown lagi.
Solusi: Anda perlu tahu rutin harian anda dengan jelas. Sebab itulah, perlunya jadual walaupun alahai kau surirumah aje kot (bagi orang luar) sedangkan orang lain tidak tahu pun anda ni bekerja sendiri kat rumah dengan periuk melayang, suara garau bak rockstar. haha.
Kos dan Penjimatan
Bab paling best bila kita sudah berkahwin ni, kewangan keluarga. Nak bentuk keluarga dengan anak-anak pada zaman sekarang sangat lah mencabar. Anda perlukan kedua-dua support iaitu si isteri (anda) dan si suami, bila keperluan semakin tinggi. Anak ramai. Dan ya, kewangan suami tidak dapat support 100% untuk seisi keluarga. Jadi dari sini, perlunya isteri bekerja tidak kiralah bekerja sendiri atau bekerja bergaji.
Tidak semua orang dapat gaji RM5,000 ke RM10,000 setiap bulan dengan makan gaji. Kita tolak tepi sebarang kes anak orang kaya, atau anda seorang istimewa dan hebat dengan kerja anda. Memang saya akui beberapa jenis pekerjaan anda mampu mendapat sebulan RM5,000 ke atas. Bergantunglah apa jenis kerja anda semua.
Adik saya sendiri seorang engineer di syarikat Petronas, starting gaji beliau sahaja sudah RM5,000. Jadi adakah saya beliau? tidaklah...... Saya engineer biasa-biasa aje. starting gaji RM2,6k. HAHA. Nak lebih gaji gi la buat side income atau O.T. Tak mampulah saya, saya satu-satunya engineer yang pulang awal. Jadi tak datanglah duit tepi tetapi masa tu saya bujang. RM2,6k tu memang cukuplah untuk saya seorang dan mak abah serta duit PTPTN.
Sekarang, saya ada 4 orang anak. 3 sudah bersekolah, 1 masih kecil. PTPTN masih belum habis bayar sebab dari tahun 2012 saya tidak bekerja dan menyambung pelajaran di peringkat MASTER sampai tahun 2017. 5 tahun beb. Jadi dari sini, dari anak 1 sampai lah anak 4. Saya mulalah berniaga, sedikit-sedikit saya banyak belajar marketing, cara dan teknik online marketing. Alhamdulillah, income saya sekarang melebihi dari income saya sebagai engineer satu masa dulu.
Kelebihan: Penjimatan kos dari segi membayar duit pengasuh anak-anak, transit bagi anak yang sudah bersekolah, duit minyak, duit makan dan lain... lain kita kadang akan overspend. Contohnya, kerja takkan nak pakai baju sama je (tetapi saya memang suka macam ni, special kes la saya ni, saya tak peduli ulang baju tu nak membazir beli baju baru tuk kerja buat masa ni bukan style saya).
Kekurangan: gaji kerja anda bukan milik anda 100% ianya akan menjadi sangat kurang apabila mula diagihkan. kos minyak dan makan luar yang tinggi. Anda mungkin perlu masak dahulu di rumah dan membawa bekal jika diperlukan, atau kenal pasti kedai yang dapat tawarkan harga makanan lebih jimat. Anda mungkin akan belanja lebih banyak bergantung kepada pekerjaan anda dan kemahuan yang melebihi keperluan.
Mari kita buat kira-kira:
CONTOH GAJI SEBULAN RM 2,000
Kita akan membuat perbandingan kepada beberapa jenis bil
Situasi: Anak ramai dan bersekolah
Surirumah Bekerja Sendiri VS Suri Bekerja di Luar
Duit transit (Sekolah pagi dan Kafa)
Duit Minyak
Duit Makan
Duit Pengasuh (jika ada anak kecil belum bersekolah)
Shopping (perbezaan besar antara kedua jenis suri)
Tengok pada kira-kira ni, letih juga kalau gaji sebulan kerja bersusah payah RM 2,000 - RM 1,740
adoi, kene lah cari kerja di mana syarikat tersebut berikan saya sebulan RM 4,000 ke atas sebabnya ini belum masuk kiraan belanja/hutang/bil/mak abah lagi... dan lain-lain
Boss
Be your own boss. Dulu zaman 2009 la, ramai promote bab ni, jadi bos sendiri! masa ni MLM tengah naik. Ada jugak saya terjebak, lebih-lebih lagi saya memang stress kerja bawah orang ni. Datang lewat sebab monthly appointment bermasalah, anak sakit pun .... last sekali hari tu saya bekerja di sebuah syarikat di Nilai. Suami saya sakit, Allahu. berkira sungguh mereka semua nak bagi saya cuti. Inilah perkara paling saya tidak gemar. dan kita faham jika kita sendiri tak boleh nak commit diri kita sebagai pekerja kita juga kena sediakan plan lain dalam hidup kita. Jika tidak, anda hiduplah bekerja dengan keadaan tak suka, stress dan asyik fikir ada kerja lain tak ek?
gitu
But trust me, jadi bos bukanlah senang. Anda nak bekerja sendiri tanpa ada pekerja di bawah anda plus andalah yang menguruskan rumah, makan minum anak-anak dan suami, handle perangai masing-masing. in the end, korang jadi boss pemarah ajelah! Ini tidak bagus sama sekali.
Niat nak duduk rumah jaga anak sendiri, cut cost dan bantu suami dapat income tu bagus dah tapi tak dapat kawal emosi, tiada pengurusan diri dan masa yang betul akhirnya anda kecundang sorang-sorang. Daripada mampu dapat RM 2,000 bersih sebulan, mahunya jadi RM500 ke bawah aje.
Kelebihan: Anda tak perlu dengar sebarang komen, arahan dan bisikan rakan-rakan kerja pasal anak anda ni asyik sakit lah, suami sakitlah. kena cutilah, gaji kene potonglah... Anda bebas seorang diri menentukan masa dan hala tuju anda. Andalah bos kepada diri anda
Kekurangan: anda mungkin bukan seorang bos yang bagus. akhirnya kerja harian anda ialah stress.. stress dan mental break. Lalu menyusahkan semua orang dari diri awak, anak-anak dan suami!
Solusi: Sebelum anda nak jadi bos sendiri, bertaraf surirumah pula tu. Tambahkan ilmu mengenai cara anda uruskan diri dan keluarga. Ada banyak bahan bacaan dan kelas yang dapat membimbing anda. Sebaiknya tambah ilmu di dada sebelum anda nak berhenti kerja melainkan anda terhenti tiba-tiba mungkinlah tak sempat belajar. Tetapi jangan risau, belajar itu seumur hidup. Luangkan masa untuk perbaiki diri anda sebagai bos kepada diri anda sendiri. Hidup yang bahagia dan kerjaya yang bagus ialah dimana kita gembira dengan suasana dan apa yang kita pilih!
Emosi
Kestabilan dalam mengawal emosi seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak adalah sangat crucial. Bayi merupakan insan kecil yang tidak tentu feelnya. Tidak mendengar nasihat dengan baik dan tidur mengikut acuan yang mereka suka. bagi anak saya, Qhaira suka tido pada waktu tengah hari, dan ketika inilah saya perlu mengambil anak-anak dari sekolah. Walaupun 3 anak saya sudah bersekolah, tetapi masing-masing masih belum matang. Bergaduh, menangis dan hiruk pikuk itu biasa., lagi biasa bila terdengar suara jeritan saya setiap hari di rumah ni.
Letih tau
Marah itu memenatkan. Daripada saya naik angin, lebih baik saya biarkan sahaja. Saya hanya akan bising jika saya rasakan mereka langsung tidak boleh mendengar suara lembut saya ni. Ha, sudah ulang 3-5 kali, tidak dengar juga datanglah mama dan rotan setia. Barulah kesemuanya diam, patuh dan terus bersih ruangan yang mereka selerakkan!
Cukuplah. Ini belum masuk, emosi isteri dengan perangai suami lagi. Kita sedia maklum walaupun tugas rumah, makan bukan tanggungjawab seorang isteri tetapi adalah tugas suami.
Merekalah seharusnya bertanya kepada isteri, apakah isteri sihat dan ok hari ini? Makan bagaimana? Ok ke? Kerana kita isteri adalah tanggungjawab suami. Sebgaimana anak-anak merupakan tanggungjawab isteri. Kita risaukan anak makan dan pakai serta perkembangan mereka, dan begitulah seharusnya tindakan suami kepada para isteri.
Jadi tak semuanya indah. Jika itu bukanlah perkara yang membahagiakan atau perlu dibahagiakan maka anda haruslah perlu banyak belajar menangani stress rumah tangga. Saya faham dari pagi kita bangun hingga ke lewat malam kita tidak berhenti bekerja.
Tangan-tangan ini, kaki ini tidak berhenti berjalan dan memegang. Kedapur, kebilik... ke luar. Ada sahaja kerja perlu dilakukan. Rengekan anak tidak berhenti-henti meminta dipeluk. Ada yang mula cembeng dan merajuk kerana mama tidak dengar apa yang hendak diperkata. Inilah keadaan setiap hari saya harungi. 4 orang anak, 4 mulut, 4 cerita, 4 emosi dan telatah berbeza.
Anda harus belajar cara menangani emosi, stress dan mula meletakkan diri anda ke titik selesa. Berhenti bila stress. belajar lapangkan dada dan kenal kembali Pencipta. Allah jadikan kita seorang wanita ada asbabnya.
Maka, tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia sia.
Sesungguhnya, Allah menguji kita semua kerana Allah tahu kita mampu dan tidak dibebankan melebihi kemampuan hambaNya.
Kelebihan: Anda ada masa untuk belajar mengawal emosi dan tindakan anda, anda seorang boss yang boleh mengatur masa anda. Upgrade diri anda menjadi seorang surirumah berjaya dengan menambah ilmu di dada. Saya sendiri belajar kelas online dari Tuan Guru Kawaras Yahya dalam akademi beliau iaitu FAV Academy, belajar potensi diri dan mengenal Allah. Dari sini, alhamdulillah, saya boleh skip stress-stress yang ada tanpa mengganggu urusan seharian.
Kenal diri, Kenal Allah. Sesungguhnya Allah lah pemegang setiap kejadian dan hati setiap hambaNya.
Kekurangan: Emosi yang huru hara dan tiada support dari suami anda mungkin boleh alami breakdown yang keterlaluan. Jangan biarkan emosi menguasai anda.
Setiap wanita yang berjaya, terutamanya yang menguruskan kerja sendiri, sokongan dari suami dan anak-anak adalah sangat penting. Berada dalam circle suri yang bekerjaya seperti anda juga adalah bagus. Bagus untuk menaikkan motivasi diri.
Percayalah, anda sangat memerlukan motivasi dan support ini sepanjang masa.
Kita tidak mampu keseorangan sebenarnya walaupun kita rasa kita boleh.
Kuasai emosi anda, sentiasa motivasi diri, berdisiplin dan percaya bahawa Allah telahpun menetapkan rezeki buat kita semua. Nak jadi lebih baik, maka anda harus ubah diri anda mulai hari ini.
Dan perlu anda tekankan pada diri anda, anda juga seorang insan istimewa, anda sama seperti suami anda. Anda bukanlah robot atau hamba abdi. Setiap hari berusaha menjana pendapatan bagi membantu keluarga dan menguruskan rumah tangga dan anak-anak, anda berhak ada masa anda sendiri dan berhak untuk bercuti sendiri.
Jika anda rasa terlalu penat. Tutup semua bisnes anda.
Ambil masa bertenang dan rehat.
Jika anak-anak tidak memahami, ceritakan secara baik. Mereka pasti akan faham dan beri ruang kepada kalian. Anak-anak kita bukan kita tidak mahu faham kita tetapi mereka masih belum matang. Itu sahaja.
Sentiasa bersangka baik dan berlapang dada, insha Allah hati anda akan jadi lebih tenang dan urusan anda semua dipermudahkan. Aamin
Saya kongsikan antara sumber bacaan saya semasa awal bermula sebagai surirumah. Manalah tahu anda perlukan kan?
Oh ya, saya sudah lancarkan sebuah Ebook Panduan Bisnes di Shopee. Saya kongsikan secara percuma kepada kalian semua. Sudilah download.
Salam semua,
Kita nak bagi Ebook Panduan Bisnes di Shopee PERCUMA!
Bagaimana nak dapatkan? Isikan form di link ya
Nak share kepada kawan2 lain dipersilakan
Sharing is caring
Tiada ulasan:
Catat Ulasan