Bismillah. Salam ramadhan buat semua pembaca blog. Hari ketiga barulah dapat meluangkan sedikit masa menulis. Alhamdulillah, 2 hari bercuti pada awal Ramadhan diisikan masa dengan aktiviti.
Kebiasaannya, hari pertama dan kedua badan kita masih tidak biasa berpuasa. Apatah lagi anak-anak kecil, cuba bertahan dengan mimik muka yang monyok. Dari air muka mereka meminta sedikit air bagi menghilangkan dahaga. Alahai, sayu hati si ibu. Namun, tegas harus ada demi mendidik mereka. Sedikit nasihat dilontarkan agar semangat mereka untuk terus berpuasa sehingga azan Maghrib diteruskan. Allahu akbar
Malangnya hari kedua, kami semua tidak sempat bersahur. Gara-gara tidur lewat dengan kepenatan siang saya dibangunkan pada jam 6.30 pagi untuk menunaikan subuh. Allahu. Paling saya terasa apalah nanti anak-anak mampu atau tidak. Memang sejujurnya, melepek mereka di sofa, di bilik. Hehe. Sungguh hari kedua ujian terhebat anak-anak syurga ini. Saya pula membenteng anak bongsu supaya tidak menyusu badan. Syukur, Allah bantu fahamkan. Seharianlah si kecil menyusu dengan botolnya sabar dan baik. Malam tiba, terus hilang kefahaman dan melekap sahaja di badan.
Saat itu, saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah bantu permudahkan urusan kami di hari puasa kedua. Bila anak kecil itu mampu faham dan sabar akan situasi mama supaya tidak menyusu badan. Allah maha mendengar lagi maha mengasihani.
Empat hari kami bercuti dari sabtu ke selasa, betul-betul sibuk. Sibuk sebagai seorang isteri, pengurus rumah dan ibu buat keempat-empat anak ini. Tidak duduk untuk berehat ada sahaja kerja dan permintaan untuk ditunaikan. Hendak melihat kerja atau beriklan sedikit cuma terlalu sukar. Fokus hilang. Mama cuma mahu rehat untuk badan dan minda.
Beginilah kehidupan saya bila bercuti dengan keluarga. Keluarga atau bisnes?
Sungguh ini adalah soalan bukan sahaja untuk saya tetapi semua wanita bergelar isteri. Ini juga soalan dan keputusan yang saya lakukan. Jika mahu berniaga dan menjadi suri maka pilih keluarga sebagai penyebab utama kerana inilah sebabnya kita ibu tidak bekerja diluar. Maka, keluarga adalah keutamaan, insha Allah, rezeki kita Allah akan beri sebaiknya.
Mahu disangkal lagi?
Apakah Allah tidak beri kita secukupnya?
Ada insan lain berbisik:
eh mahu bisnes tapi tidak online.
Eh, mahu bisnes tetapi lewat reply.
Banyak lagi, tetapi bagi kita yang memahami akan Allah dan aturannya. Insha Allah kita tahu, Allahlah yang memegang hati setiap pelanggan kita. Dia jaga rezeki kita. Dialah juga yang memberi setiap sen kepada kita.
Lalu, jika nak jadi suri dan berniaga. Maka niaga di depan? Keluarga di belakang?
Fikirkan. Hehe.
Inilah prinsip yang saya pegang. Ada yang berkata, jangan beritahu pelanggan akan situasi kita. Mereka tidak mahu tahu. Tetapi mereka manusia bukan? Mereka seperti kita. Kita juga manusia. Kita berbahasa dan mendengar. Dan ya, saya maklumkan sahaja pada customer akan kenapa saya lewat. Mereka akan faham, dan jika rezeki itu bukan milik saya maka ianya tidak akan jadi milik saya. Redhalah kita dan usah bersedih akan rezeki yang bukan empunya.
Insha Allah ada rezeki lain menjelma.
Teruskan usaha ya sahabat. Kita semua boleh.
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan