Tidak sangka sistem Poslaju kali ini mengalami ganggu yang sangat kritikal. Sudah 5 hari berlalu dan Poslaju masih mengalami masalah sistem. Kami mula lega apabila di Shopee sudah mula boleh keluarkan tracking number bagi setiap order yang kami terima. Namun, masalah berterusan apabila barang yang diposkan tidak dapat diubah dari status To Ship kepada Shipping.
Maksudnya apa?
Sistem tidak dapat mengenal pasti apakah order tersebut sudah diposkan ataupun belum.
Bagaimana nak kenal pasti?
Nak semak tracking yang diposkan secara manual juga gagal.
Jawapan yang diterima ialah Maaf. Tiada rekod ditemui. Semakan gagal atau kod parcel anda masih baru dan belum dikemaskini pihak kurier.
Saya sendiri ada 20 produk yang masih statusnya tidak bergerak walaupun sudah diposkan.
Jika anda mempunyai masalah yang sama, sila emailkan kepada shopee dan update bukti pos anda.
Pihak Shopee akan update status shipping anda secara manual. Ini bagi mengelakkan payment anda float terlalu lama. Dan customer boleh tekan COMPLETED. Jika tidak, walaupun customer sudah terima produk anda, mereka tetap tidak boleh tekan COMPLETED dan release payment kepada anda.
atau saya berikan cara paling mudah yang dikongsikan oleh sahabat saya,
anda isikan form ni ya
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeMEpjliOofBiVmpQgiVt7-P0JC2JoFWNiLJDdpantws3ZEgQ/viewform
Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Aamiin
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan