Berapa kali diketuk masih belum faham. Kejar dan mengejar harta, sales dan popularity? Hakikatnya satu pun saya jarang buat tindakan. Tapi korang akan rasa saya giler bila dapat tahu apa sahaja kelas online atau ebook pemasaran yang muncul, ya saya memang akan beli dulu. Software tak usah sebutlah. Kalau boleh semua software marketing kita nak ada. Sudahnya, soalan cepu mas.
Emme, hang pakai ke idok?
Idok lerrr.
Nak membaca sampai habis belum tentu lagi. Malah ada software yang saya masih pening kepala nak menyusun strategi. Tangan inilah yang nak digunakan untuk siapkan tempahan, membalas chatting, menulis komen dan respond. Tangan ini jugalah nak mengedit segala infomasi di setiap kedai jualan. Ya, inilah orangnya dan seorang inilah tanpa sebarang pembantu.
Satu-satunya ilmu yang saya masih ingin kuasai ialah ilmu penulisan dan SEO writing. Usah disebut. Kelas SEO yang saya beli beberapa bulan lepas dari oversea juga saya masih belum login pun ke ruangan websitenya. TERUK.
Syukur alhamdulillah. Sedikit sebanyak ilmu mengenai google dan SEO dapat diceduk sewaktu saya menghadiri bengkel eusahawan kelolaan MDEC awal bulan Oktober kelmarin. Sijilnya saya masih belum download. Alhamdulillah kelas percuma tetapi ilmunya cukup bermakna buat saya yang asyik membeli yuran pelbagai kelas online nih!
Benar kata mentor saya, Tuk Guru Kawaras Yahaya.
Empty your glasses. Open your mind and accept all knowledge tanpa sebarang judgment. Dan yes, semua ilmu percuma dari kelas Eusahawan Coach Syahril bagi saya cukup berguna dan fresh! Saya sangat bersyukur dapat hadiri kelas beliau pada hari tersebut.
Entri saya hari ini mengenai kesederhaan dalam hidup. Pilihan kita itulah masa depan kita. Seperti biasa, saya tanya diri saya, how much is enough? How much is consider as RICH?
Is RM 5k enough?
Is RM 10k enough?
or
Is RM 100k is consider enough?
My mentor said again, berapa banyak kita perlukan ialah seberapa banyak pula kita willing untuk spend all our time, effort and money towards our goal?
Gaji RM 5k nilai kerja kerasnya mesti sama dengan nilai RM 5k yang kita minta dan seterusnya. Di tahap mana saya sanggup nak ambil? Busy macam mana? Tekanan macam mana? Usaha macam mana yang saya sanggup nak korbankan? Dan dari situ anda boleh nilai diri anda tahap kemampuan dan cita-cita kewangan anda sendiri.
Dunia ini tanpa sempadan.
Tetapi usaha kita ialah nilai kepada apa yang kita bakal dapat.
Pastinya goyang kaki tidak usahlah bermimpi nak jadi kaya-raya.
Saya pilih untuk hidup sederhana. Saya mahu masa untuk kelurga. Saya mahu masa untuk anak-anak. Saya mahu pilihan untuk tidak fokus sepenuh masa kepada sales. Saya mahu ketenangan dalam menjemput rezeki buat keluarga.
Tenang dalam kerjaya.
Saya amat suka akan ayat ini pada kali pertama saya menyebutnya. Terima kasih pada sahabat saya, Tuan Zariman, beliaulah yang menemukan saya dengan erti ketenangan dalam kerjaya ni. Dan membuatkan saya sedar semula bahawa inilah sebabnya mengapa saya mahu menjadi surirumah sepenuh masa dan pada masa sama berniaga secara online. Dan daripada pengaruh mentor saya pula, wujudlah sebuah blog emmemarina yang tidak jemu-jemu cuba berkongsi kepada anda semua tentang ilmu yang saya ada.
Saya berharap selagi nyawa ini masih dikandung badan, diizinkan Allah untuk saya terus berkongsi cerita di sini. Aamin Ya Rabbil Alamin
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan