Solat Sunat Gerhana Matahari

Setiap kali berlakunya fenomena gerhana matahari apakah amalan yang kita boleh lakukan selain melihat keagungan ciptaan Allah? Gerhana matahari boleh berlaku 2 hingga 5 kali dalam satu tahun takwim. Ada beberapa jenis gerhana matahari tetapi yang kita nak highlighkan sebagai seorang muslim ialah amalan dn solat sunat yang boleh kita amalkan pada waktu tersebut.


Gerhana cincin akan berlaku pada hari Khamis, 26 Disember 2019. 


FAKTA MENARIK ANDA BOLEH LIHAT DI SINI. 

VIDEO: https://youtu.be/yQKDvmE65xA


Mari kita baca apakah amalan sunat semasa gerhana matahari berlaku.


Amalan lain sewaktu gerhana ialah:

  • melakukan dua kali khutbah selepas melaksanakan solat sunat gerhana,
  • memperbanyakkan doa kepada Allah memohon keselamatan dan menolak bala bencana
  • beristighfar
  • bersedekah
  • Mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang khurafat, tahyul dan iktikad yang salah mengenai kejadian gerhana. Rasulullah SAW membantah kepercayaan ini sewaktu berlakunya gerhana berbetulan dengan wafatnya putera Baginda SAW, Ibrahim: إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ، فَادْعُوا اللَّهَ، وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan itu ialah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidaklah keduanya bergerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya, jika kalian melihat gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, laksanakanlah solat dan bersedekahlah. Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1044) dalam Sahih-nya


https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1747-amalan-sunat-sewaktu-gerhana


Di sini saya kongsikan cara buat solat sunat gerhana matahari. Lebih baik jika kita melihat praktikal supaya mudah difahami.


VIDEO: https://youtu.be/4DFyEoEbbLE


Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.


Cara Solat Sunat Gerhana


Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

  • Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
  • Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.


Mari kita jalankan sunnah baginda Rasullullah s.a.w, dengan solat sunat dan amalan sunnah apabila berlakunya gerhana matahari maka cinta kita terhadap keagungan Allah akan makin bercambah. Insha Allah

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan