Masam pula buah oren tu seakan pahit ditekak. Perut mulalah tidak serasi dengan pelbagai makanan yang masuk. Jadi apa ya lagi buah yang sesuai?
Lalu hari ini, saya ke market untuk shopping buah buahan yang rasanya tidak terlalu masam, tidak terlalu manis dan mudah mudahan lidah, tekak dan perut ni boleh terima dengan aman.
Alhamdulillah macam-macam jenis buah buahan ada kan? Saya ambil dragon fruit warna merah dan putih, buah kiwi dan apple merah fuji. Yang mana saya rasakan kemungkinan masam.. Saya tolak pilihan tersebut. Kebetulan ada pula dragon fruit merah harganya murah bagi saya. RM 1.99 1 pack.
Ini sekali ngap habislah. Alhamdulillah lalu makan buahnya. Suka tak terkira!
Terus cedok begini je makan sengsorang diri. Saya beli 4 pek sahaja sebagai tester. Kalau lalu tekak. Bolehlah buat bekalan harian makanan rutin tuk kesihatan badan semasa hamil.
Tapi nak saje2 makan dragon fruit masa hamil ni, tertanya juga ada kesan tak bagus ke? Buah ni sepatutnya bagus kan?
Jadi, Kebaikan Buah Dragon Fruit Semasa Hamil rupanya sangatlah baik. Korang pun kenalah amalkan juga!
1. Sumber Tenaga
2. Mengurangkan masalah sembelit
3. Mengurangi risiko bayi lahir cacat
4. Menghindari preemlaksia
5. Mengurangkan risiko keguguran
6. Mencegah kanser
7. Menjaga janin dari infeksi
Hah! Terbaik bukan? Untuk info yang lebih lengkap mengenai buah dragon fruit buat ibu hamil, kalian boleh baca di sini
https://www.google.com/amp/s/id.theasianparent.com/buah-naga-untuk-ibu-hamil/amp
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam