Assalamualaikum semua,
Diam tidak diam sudah lama rupanya saya tidak menulis di sini. Saya harap impian untuk terus berkongsi ilmu buat akhirat saya dan keluarga tidak terkubur begitu sahaja.
Alhamdulillah, kandungan saya sudah 16 minggu. Alahan mula reda dan simptom malas, melepek hampir dapat ditawan insha Allah. Sempat juga buat beberapa renovation di rumah mencipta mood lebih baik dan beri tanggapan kemas dan luas dari sebelumnya.
Suami mula risau jika simptom mengemas saya ni akan melahirkan lagi anak perempuan (haha). Doakan kami mendapat anak lelaki ya.
Banyak ingin dikongsi, dan tugasan harian harus lebih produktif. Namun kesihatan badan tetap perlu dijaga. 2 hari lepas, saya sudah mula alami simptom pitam apabila berdiri terlalu lama. Kisahnya saya hanya berdiri untuk memasak sahaja tetapi tidak tahulah, tiba-tiba berpinar dunia dibuatnya. Ini normal berlaku tiap kali saya pregnan.
Saya harap tidak keterlaluan pregnan kali ini.
Semalam juga selepas siram bunga/ pokok, menyapu dan sedikit mengemas bukan main lenguh pinggang ni. Tua sudah agaknya.
Tidak mengapalah, kita buat tugasan harian dengan cermat.
Saya perlu kekal kuat dan sihat untuk keluarga, dan diri sendiri.
Oh ya, tahukah kalian akan isu ban mengerjakan umrah kerana isu coronavirus? Bukanlah ban sebenarnya, tetapi langkah yang harus diambil bagi pihak Arab Saudi bagi mengelakkan lebih banyak kes berlaku di tanah suci Mekah dan Madinah.
Disebabkan hal ini, umrah kami juga terpaksa dibatalkan. Mungkin sudah masa untuk saya kongsikan nanti cara menguruskan umrah DIY dan TIPS yang kami dapat setelah mengharungi cabaran travel dan wabak. Cara menguruskan refund dan sebagainya.
Walaupun penulisan di blog agak pasif, alhamdulillah rezeki Allah amat luas buat hambaNya. Nantikan juga perkongsian saya nanti ya.
Semoga kita bertemu lagi.
Salam kejayaan buat semua
Emme Marina
Surirumah dan Working at Home Mom
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan