7 Bulan Pregnen

Bismillah


Sedar tak sedar sudah 7 bulan saya mengandung. Lajunya masa berlalu dan Ya Allah, saya takut. Perasaan takut nak bersalin ni sentiasa ada walaupun sudah anak ke lima. Apa tidaknya pengalaman bercampur-campur dari anak pertama ke anak ke empat. Semuanya lain. Sakitnya berbeza-beza.


Ada yang mudah, ada yang sukar. Ada yang trauma. 


Tetapi itulah kita sebagai ibu. Dan bila Allah sampaikan waktu bersalin kita, sakit bagaimanapun Allah tetap bantu kita lalui saat-saat kelahiran anak tercinta. Dan walau apa jua kesakitan kita hadapi, bila lihat sahaja wajah anak kita tu. Masya Allah, hilang sakit. Hilang resah. Hanya senyuman dan tangisan kegembiraan.


Ramai kata due to covid ni, suami tak dapat lagi teman di bilik bersalin. Sungguh, jika suami tak dapat teman. Inilah kali pertama saya akan bersalin tanpa suami di sisi. Saya doa agar diberikan kekuatan dan kemudahan untuk bersalin tanpa suami di sisi. Mudahkanlah Ya Allah


Hasbunallah Wa Nikmal Wakil




Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan