Only Allah knows best for us.
And that time im 3 months pregnant. I also need to take good care of myself and baby. 3 months my husband cuti due to PKP. Syukur alhamdulillah rezeki niaga online bertambah. Alhamdulillah juga lepas 4 months pregnan alahan makin reda. Susah jugalah alahan lama ni😅
So when you sit along too long with your active kids 24 7, bermain setiap hari. Kejadian tumpah menumpah minuman makanan, main kat halaman rumah tanpa pakai selipar and you get dirty floor all the time. Seriously, saya memang tak dapat tahan mata yang melihat. Bincanglah dengan encik suami buat flooring.
Kita nak buat vinyl flooring sahajalah. Ambil yang murah sahaja. Iyalah, rezeki bukanlah berjuta sebulan, harus pandai juga kawal kewangan. Lihat bajet sendiri dan bolehlah decide nak buat sendiri ke atau upah orang. Kira punya kira, dan memandangkan encik suami kena buat sorang, kita carilah company flooring yang mampu milik. Alhamdulillah jumpa.
Buat dari living room ke dapur sahaja. Kami tak buat di bilik kerana kos yang ni sahaja sudah maksima bagi kami. Ada duit lain kali lah kita buat lagi kan. Insha Allah
Buat ni dekat nak raya jugalah. Takde pun meraikan sesiapa datang ke rumah. Cuma bila dah pasang masalah lantai bercapuk, kotor, dan bertompok dapat diatasi. Rumah nampak kemas sahaja sentiasa. Namun kena rajinlah mengemas, vacuum dan mop kan?
Selepas tu, timbullah pula isu bilik nombor 3 yang tiada penghuni namun macam tongkang pecah😅. Mak aiii dia punya tongkang. Segan saya nak share. Kami tiada stor. Jadi bila saya mengemas, saya biasanya akan letakkan di dalam bilik belakang but since pregnen saya memang tak buat dah kerja mengemas yang terlalu berat. Risau juga. Awal ritu dah bleeding.
So kita kira lagi, agaknya ada tak kontraktor yang ambil upah murah. Kami tak nak syarikat-syarikat design buat renovation yang glam tu. Mahal.. Kami nak bangunkan tembok tuk 5 kaki x 22 kaki di belakang rumah. Give it nice tembok with 2 doors, my husband request 2 cermin katanya nanti rumah gelap. Okaylah. Saya follow ajelah.
Cari ni lama tau. Sebab hajat nak tambah belakang rumah tu sejak tahun 2015. Now kan 2020. Majority yang kita survey, minta dan beri quotation up to RM 12k. Memang kami tak mampu. Tak mampu nak beri. Tak mampu nak bazirkan. Bukan senang nak cari sedebuk RM 12k cash. Takkan nak loan?
Syukurlah sahabat jiran taman kenalkan dengan seorang hamba Allah ni. Untuk belakang dia minta RM4. 5k. Masya Allah saya rasa murahlah. Allah makbulkan jua doa kami. Then, suami kata tambah tepi tuk simen dan atap. Lagila ok kan? Dapatlah saya letak ampaian kat situ. Takla penuh area rumah dengan ampaian yang besar tu. Disebabkan suami request tambahan, jadilah RM 6k secara total. Oklah. Sikit2 duit bisnes tulah yang saya gunakan.
Dapat income dari sini sana. Cukuplah RM6k dibayar secara ansur sepanjang produk renovation dijalankan. Alhamdulillah
Beliau merupakan seorang Indian Muslim, syukur sudi terima upah dari kami. Kemas juga kerjanya. Ambil masa lebih kurang seminggu untuk siap sepenuhnya tapi tanpa cat. Cat tu kami buat sendiri hehe. Buat ajelah kan daripada bertambah lagi kos. Jadinya basic sahaja yang beliau lakukan ialah RM6k untuk kami. Tanpa cat simen ya. Haaa. Okaylah takpe
Alang2 kita dah kene ngecat, catlah sekali bilik anak dara yang penuh dinding dengan contengan. Hah! Stress ooooo. Conteng dan dinding berlubang lagi
Aigoooo
Cat lah sendiri anak beranak. Biar penat janji siap😆😆😆
Biar diaorang tahu ingat senang mengecat? Conteng je keje kan. Haaa, penat bukan main masing-masing. 3 hari juga mengecat. Cat bilik anak, stor dan touch up teruslah bilik dan ruang lain yang dah tak serupa indahnya.
Sebelum cat, repair dulu lubang dan contengan dengan simen putih tu. Paste siap, tengok iklan punya pasal. Terbeli. Alhamdulillah berguna juga.
Syukur ke hadrat ilahi semua ni guna duit hasil bisnes saya sendiri. Sikit2 lama2 dapat bantu keluarga sendiri buat projek besar skit kan?
Kita usaha dan yakin dengan rezeki Allah beri. Duit isteri bertambah berkat jika kita tak lokek pada suami dan anak-anak. Lagipun untuk siapa kita berusaha siang dan malam? Suami tak lokek janganlah pula kita jadi perosaknya. Susah sama dipikul, ringan sama dijinjing. Barulah keluarga bahagia, Allah pun suka kan?
Surirumah tetap boleh bantu jana kewangan keluarga. Usah putus asa dan pandang rendah pada diri sendiri. Kita semua mampu lakukan dan bina kejayaan sendiri. Aamiin3x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan