Video Tutorial Panduan Buat Dropship Produk Islamik

Assalamualaikum semua,


Dropshipper saya masih belum ramai. Saya tidak begitu fokus mencari dropshipper kerana sudah biasa bersendirian. Walaupun mentor-mentor ramai mengesyorkan pencarian agen dan dropship namun tak semua orang biasa lakukan sedemikan.


Saya sudah biasa lakukan sale sendiri, kekok juga kan nak buat group dropship, namun bukanlah tak pernah ada group dropship sendiri. Saya sudah uruskan lama dropshipper sejak tahun 2011 lagi. Cuma dulu agak aktif, sekarang masa dan perubahan cara hidup mungkin antara faktor saya kurang aktif menjaga team sendiri. 


Namun, saya sedar apa yang kita ada kita patut share untuk lebih ramai dapat peluang menjaga pendapatan seperti mana saya sendiri lakukan. Apa ilmu yang kita ada selain share secara public, kita boleh share kepada team sendiri.


Jadi khas buat dropship-dropship kesayangan saya ini. Saya siapkan satu website katalog khas buat mereka.


Website ini bertujuan sebagai rujukan kepada mereka. Bagaimana mengenali produk, mencari bahan-bahan bagi pengiklanan, memudahkan urusan tempahan dan pembayaran. Namun bagi saya, yang mudah ialah mereka sudah ada tempat rujukan untuk menggali informasi produk yang mereka akan promosikan.



Saya cuba untuk mudahkan urusan setiap dropshipper. Ada masanya saya terlalu sibuk untuk singgah group. Jadi saya harap dengan adanya setiap panduan dan bahan yang telah disediakan dapat memudahkan urusan mereka berniaga produk-produk di bawah DROPSHIP PRODUK ISLAMIK.



Jom tengok video tutorial yang telah saya sediakan siang tadi. Okay ke?



Doakan team Dropship Produk Islamik cemerlang, dan berjaya dunia dan akhirat kay?


Berminat nak sertai kami pun boleh. 




Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan