Surirumah dan berniaga pada masa sama tidak bermaksud anda berstatus sama seperti rakan wanita yang bekerja di ofis. Walaupun banyak income yang dapat dijimatkan seperti kos minyak, kos makan di ofis/luar dan paling banyak ialah kos penjagaan anak khususnya pada keluarga yang memiliki anak yang ramai. Saya bangga untuk katakan ramainya anak-anak saya. huhu
Alhamdulillah, rezeki yang Allah beri. Namun sifat workaholic saya itu tetap tidak dapat dibendung. Walaupun saya tidak dapat bekerja di mana-mana kilang sebagai jurutera cukuplah rezeki menjaga jurutera di rumah kecil ini. Setiap hari troubleshooting permasalahan berkaitan anak-anak, menguruskan rumah yang bersepah setiap hari tanpa henti dan jemu. Menguruskan big boss yang memerlukan perhatian secukupnya. UWahh, banyak sungguh kerja.
Selamat bersalin buat diriku, alhamdulillah akhirnya Allah izinkan kami mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Amboi, cumel dan sepertimana semua orang asyik war-warkan anak lelaki ini kuat betul minum susu. Ragam juga boleh tahan. Lagi manja dan sangat memerlukan perhatian di sisinya. Saya ingatkan anak lelaki boleh berdikari gitu sementara saya membuat kerja rumah dan uruskan bisnes. Rupanya salah. Mahu didukung, dilayan, diriba. Nauzubillah. tangisannya juga sangatlah kuat. Nanti saya sharekan ya si comel ensem seorang itu.
Disebabkan saya sudah menjadi saya semula. Maka horray, dah mula kembali bercucuk tanam. Ceriakan kembali laman yang berbulan tak dijaga.
Saja nak share almari ini sahajalah baju-baju saya. Memang sikit tapi syukur. Saya tak boleh banyak sangat simpan baju-baju tak pakai. Tak tenang. Bila terlebih belanja, saya akan segera let go atau sedekahkan. Biarlah sederhana daripada berbelanja terlalu banyak untuk perkara yang bukan penting. Saya lebih suka beli produk untuk rumah, dan anak-anak.
Jangan jeles. Akhirnya dapat jua ku order kek mamasab kombo dahsyat ni. Sedap sangatlah!
kek coklat tu sangat pekat, saya kurang suka. Saya suka warna hijau dengan krim sebelahnya tu. Kek pandan gula melaka dan butterscotch rasanya . kemudian ada red velvet. Red velvet pun sedap. boleh order lagi.
Saya tetap berniaga DMS360 seperti biasa dari tahun 2013 hinggalah sekarang
Alhamdulillah. Sudah lama juga jual dan promosikan alquran digital al fatih dari Qolam malaysia.
Dapat top one agen bulan september dengan sahabat enuur. Tq sangat-sangat leader saya kak imah sudi buat sijil cantik ni.
Tahu tak saya jual jam tangan solat? ha, korang yang belum ada jam tangan solat dan arah kiblat tu wajib order dari saya tahu. memang best. apalah takde rugi tu rugi. mai order dgn kita kay
Alhamdulillah, top 3 dari team syaqist, tapi saya jual satu produk je . sejadah putih patchwork.
Apa jua kita lakukan kan. Buat sampai jadi. Anda busy ke, anda kucar kacir ke. Anda nak, anda buat anda dapat. Jangan banyak sangat bunyikkk kata orang. Jangan banyak mengeluh dan beri alasan.
Saya boleh buat, apesal korang tak boleh buat?
Be positif, tukar mindset asyik kondem diri sendiri. Kita semua boleh buat, rezeki dari Allah. Dia nak bagi atas usaha dan amanah kita dalam berniaga. Kan? Terima lah. SO buat dengan baik, Allah pasti hargai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan