Assalamualaikum,
Saya tertarik dan bersyukur sahabat sebisnes ada share mengenai satu video dari Youtube ni iaitu mengenai cara sahabat Rasulullah saw menjadi kaya dalam perniagaan.
Kita sebenarnya sering dan selalu diingatkan mengenai sifat berpagi-pagian dalam menjemput rezeki dan khususnya dalam perniagaan, tidak kiralah anda sebagai seorang seller biasa, luar biasa atau berpangkat CEO pun sekarang. Kunci kejayaan adalah mengikut apa yang Rasulullah pernah sebut.
Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.
Saya sharekan video dari sahabat saya yang membuatkan saya terus melakukan aktiviti membuka kedai selepas subuh.
Apa Perkara Pertama Yang Boleh Kita Lakukan?
Mungkin ramai terlupa bagaimana ya cara nak marketkan produk jualan. Bagaimana nak mulakan?
Saya kongsikan cara yang saya sendiri buat ya.
Channel
Channel atau medium pengiklanan. Cara paling mudah memulakan aktiviti bisnes harian kita adalah melalui media sosial.
Share ke feed dan story kalian.
Kat mana pula emme?
Anda boleh share feed dan story di Whatsapp, Facebook, Facebook Page, Instagram atau pun di Shopee.
Untuk story telling, mulakan dengan pengenalan di waktu pagi seperti doa, memberi salam dan pengenalan mengenai kedai anda.
Saya sangat suka share informasi berbentuk gambar menggunakan apps Canva, ada pelbagai template sudah tersedia yang anda boleh gunakan. Free version ada tahu jangan risau.
Saya kongsikan gambar yang saya gunakan sebagai pengenalan kedai jualan saya.
Saya buat 2 version, 1 version mempromosikan apa yang dijual serta kedai online saya manakala khas di Shopee saya tidak letakkan website kerana tidak sesuai. Di shopee kita nak orang datang ke kedai shopee kan? Jadi tak sesuaila nak letak website pula.
Template Story UMUM
Template Stroy SHOPEE
Story Shopee
Letakkan di setiap instagram story yang anda ada.
Facebook dan Facebook Page story
Untuk letakkan story di Facebook page, anda perlu buat di apps Facebook bukan di apps Facebook Page (Apps Facebook Business Suite)
Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.
Ingat ya untuk story, gunakan kaedah story, gambar dan permulaan yang orang nak membaca dan slide lebih banyak. Jadikan story anda ibarat satu perjalanan dan rakan-rakan yang lihat tidak berhenti pada satu storyline sahaja.
Selamat mencuba :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan