Edit Video Dengan Filmagora 9 Free Version


Sudah sampai masanya, kita serius dalam melakukan editing. Selama ni, saya edit menggunakan Screencast-o-matic. Screencast-o-matic pula merupakan software screen dekstop recording. Knowledge saya mengenai video editing sangat limited, mungkin juga saya terlalu memandang rendah kemampuan sendiri. Kelemahan saya ialah seni. Apa jua editing in photography saya memang akan lari dulu.


Syukur juga untuk design ada canva. Jadi saya berjaya juga menghasilkan poster yang diperlukan untuk marketing. Saya subscribe tahu canva pro, alhamdulillah canva pro boleh share dengan team seramai 4 orang. Saya share dengan leader enuur saya kak halimah, staff saya Fariza dan 2 lagi saya open kepada top dropship saya. Untuk team, tiada pembayaran buat mereka. Saya sahaja paid setiap bulan. Okla kan kita kongsi sama-sama. Canva pro best. Banyak fungsi boleh edit, resize, crop dan banyaklahh. Aiii suka sangat tahu. 


Filmagora 9 saya baru download semalam. Latest version is 9. Saya tak belilah, ambil free version sahaja. Cukuplah lah dulu basic. Saya masih baru, masih cuba memahami. Harap saya berjaya menghasilkan video yang baik untuk ditonton dan difahami. 


Fighting!!! 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan