Fungsi dan Cara Guna Cybersona Shopee Auto Boost dan Auto Follow

 

Aktiviti Follow Users



Aktiviti Boost 5 Produk di Kedai Shopee



Nama software ni diberi nama Cybersona Shopee Bot, Bot dari singkatan robot. Saya bermula pada tahun 2018 apabila bertemu dengan sahabat developer yang mampu menghasilkan sebuah software khas bagi memudahkan aktiviti harian kita sebagai Shopee Seller. 


Sebelum wujudnya software Cybersona ni, kita semua boost 5 produk di shopee setiap 4 jam secara manual. 24 jam tu kalau boleh kita nak melekat di handphone atau pc. Lepas 4 jam, kita boost lagi 5 produk. Tidak kiralah anda boost produk anda secara sistematik atau random. Pastinya setiap seller mempunyai misi yang sama iaitu MENAIKKAN VIEW PRODUK masing-masing.


Program marketing BOOST yang disediakan oleh pihak SHOPEE amatlah bagus kerana ianya memberi peluang produk kita lebih expose kepada prospek melalui kategori produk tersebut dan paling penting sekali BOOST INI PROGRAM MARKETING PERCUMA.


Kini, kita semua boleh melakukan BROADCAST kepada semua follower. Lagi ramai follower anda, lagi tinggi peluang kedai anda mendapat sales yang baik. Kembali pada waktu dulu, kami semua terpaksa add follower kami secara manual dan random. Tidak kiralah siapa mereka, aktif atau tidak. Baru atau lama, atau pun mungkin scammer. Kita add semua sekali. Hasilnya tidaklah terlalu memberangsangkan. Jika anda terfollow insan yang tidak aktif, anda hanya rugi masa. Rugi masa untuk cepat ramaikan follower kedai anda sendiri.


Oleh itu, penting untuk anda dapatkan follower yang aktif, sentiasa online dan suka membeli belah.


Kewujudan software Cybersona hanyalah sekadar alat bagi membantu anda mendapatkan hasil yang sedikit berbeza dan insha Allah memberi impak kepada jualan di kedai anda. Software ini tidak menambahkan sales, kerana software tidak membuat jualan ataupun pengiklanan. Sekiranya anda pandai mencari kata kunci terbaik bagi mendapatkan follower yang bagus, maka insha Allah, targetted follower ini akan membantu melonjakkan sales kedai shopee anda. 


Boost 5 produk setiap 4 jam tanpa henti bersama Cybersona adalah tidak mustahil. Anda boleh hidupkan software ini di PC anda dan biarkan bot melakukan kerjanya setelah anda setting. Pastikan tiada gangguan bekalan elektrik atau internet, maka bot akan bekerja non stop untuk anda. 


Anda boleh setkan untuk bot jalankan aktiviti boost ini sama ada secara random, mengikut view produk ataupun anda nak khususnya produk apa yang anda nak marketkan. 


Susah ke Nak Gunakan Software Cybersona Shopee Bot Ni?


Bagi saya ianya mudah dan straight forward. Segala setting yang anda perlukan ada di ruangan ACCOUNT. Anda hanya perlu TICK dan isikan tempat kosong mengikut cara marketing pemikiran anda. Ianya tiada salah atau betul. Yang kami sediakan ialah pengenalan kepada setting bot. Bagaimana nak login, bagaimana nak mula. Tetapi cara anda mendapatkan follower mengikut produk atau niche kedai anda ianya tertakluk kepada anda.


Ini ialah ruangan di mana semua aktiviti dilakukan. tick dan untick. pilih dan isikan tempat kosong mengikut ilmu marketing yang anda ada. ada tips yang saya share juga. dengarkan dan baca pada kata kunci tips yang telah saya sediakan :)



Saya tidak berkata, wajib pakai keyword A, dan bukan B.
Saya tidak kata, wajib follow kedai A, dan sebaliknya. 


Kami hanya menyediakan sebuah software untuk memudahkan kerja marketing anda yang anda kena buat secara manual kepada cara automatik yang lebih sistematik, berkesan dan boleh dibiarkan run secara auto. 


Bot memiliki kelebihan dan kekurangan jika databased yang anda cari itu tidak mencukupi. CONTOH: anda nak follow user dengan keyword: DMS 360

Namun mungkin keyword tersebut tidak femes, tidak cukup databased, atau terlalu singkat untuk bot fahami. Maka keluarlah error untuk bot memproses keyword yang anda inginkan. Oleh itu, apa perlu anda lakukan?



Ubah keyword anda kepada ayat yang lebih panjang. 


Dari DMS 360 kepada DMS 360 Skincare. 


Tiada salah atau betul. Tidak akan berlaku sebarang masalah kepada shopee anda bila anda melakukan try and error dengan bot kami. 


Bagaimana?


Mudah atau tidak?


Usah risau, saya sudah sediakan PDF File Panduan Menggunakan Cybersona. Jika anda seorang slow learner dan kurang keyakinan menggunakan software. Sila fahamkan melalui gambar. Saya sudah ringkaskan sebaiknya panduan tersebut menggunakan ayat biasa. Jika tidak faham, anda tidak perlu segan untuk bertanya kepada saya. Yang penting, kalian bertanya dan saya akan cuba guide sebaiknya menggunakan kata yang boleh anda fahami.


Apa Kata Pengguna Cybersona Kami?













Anda juga boleh search di Youtube, Cybersona. Ada saya kongsikan bagaimana bot ini berfungsi.



Share:

Puazz Roti Gardenia Kari Ayam

Saya dah lama sangat tunggu kemunculan kembali roti savoury Gardenia khususnya Roti Bun Kari Ayam! Jika anda pernah ingat, pada tahun 2003 Gardenia pernah mengeluarkan rangkaian roti bun yang sangat enak.


Bukan sahaja Roti Bun Kari Ayam, roti bun manisan mereka juga sangat laris. Perisa vanilla dan chocolate chip rasanya. Saya sudah agak lupa. 


Waktu tu saya di Matrikulasi Pahang. Faham ajelah budak kolej makanan mereka ni roti. Roti dan kolej terpisah tiada. Roti bun Gardenia kari ayam masa tu paling laris di kedai runcit kolej. Asal restok je habis. Apalagi saya ni antara pemborong roti bun savoury Gardenia terutamanya kari ayam. 


Sedap giler. 


Now bila Gardenia announced ada kari ayam bakal dikeluarkan. Tak sabarlah saya nak rasakan? Kot-kot sama ke rasa dengan yang dulu? 


PUAZZ GARDENIA ROTI BUN DIDATANGKAN DENGAN 3 PERISA, KARI AYAM, MACKEREL SAMBAL DAN SAMBAL IKAN BILIS. MANA SATU KEGEMARAN ANDA? 



Harga sangat berpatutan. Kari ayam Gardenia RM2 sahaja tau. Kenyang dimakan. 

Bila dibuka rupanya ada 2 bun. Bolehlah dikongsi bersama teman tersayang. Jimat dan siap boleh sharing. 



Jeng jeng, isi dalamnya ada kentang dan ayam. 

Jujurlahhh.. Apa rasanya? 

Berbeza dengan roti bun kari ayam tahun 2003, bun kari ayam sama seperti bun sambal ikan bilis. Bukan 2 bun macam sekarang. Dari segi bun tersebut, saya prefer jenis bun sambal ikan bilis lagi. Tetapi, roti ni agak lembut juga cuma lebih tebal. 

Rasanya? 

Okaylahh.. Nostalgia tahun 2003, dapat saya rasakan sedikit. Rasa puazz perisa kari ayam Gardenia memang sedap. Tidak terlalu pedas. Dapat rasa karinya, manisnya ayam dan kentang. Saya sukakannya😍


Nampaknya berbanding roti bun gardenia coklat dan lain2, roti puazz kari ayam akan menjadi roti kegemaran saya! Anak bawa bekal pun ok sangat ni. Kenyang terus. Saya makan satu bahagian pun dah kekenyangan. Cukup untuk alas perut yang lapar. Insha Allah 


Apa lagi? Jom ke kedai dan rasa sendiri. Lain citarasa mungkin ada yang tak menggemari. Tapi ini lebih sedap dari bun korea pedas. 


Nanti nak rasa mackerel sambal bun pulaaaa. 
Share:

Kemuliaan Tugas Covid-19 Frontliners

 



Kemuliaan Tugas Barisan Hadapan


Berikan sokongan kepada petugas barisan hadapan. Mereka telah berkorban dan berjuang bagi memastikan kesejahteraan negara ini. Ingatlah firman Allah dalam al-Quran: Dan sesiapa yang menghidupkan (menjaga keselamatan hidup) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. (Surah al-Maidah: 32). Semoga Allah merahmati para pertugas barisan hadapan.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Usah kita bersikap mementingkan diri. Ada yang provoke bahawa diri kita kebal dari penyakit covid-19, mungkin. Mungkin Allah tidak sampaikan kepada kita penyakit berjangkit ni, tetapi bagaimana jika kita menjadi pembawa senyap yang boleh membunuh orang di sekeliling kita? Bayangkan, kita mungkin membahayakan nyawa anak-anak dan ibu bapa kita yang tidak berdaya. 


Oleh itu, buanglah sifat rasa hebat kerana sesungguhnya kata-kata Allah itu segalanya. Kun Fayakun. Jaga SOP, patuhi arahan dan peraturan dan paling penting kita jaga orang sekeliling kita supaya kita tidak menjadi asbab kepada punca mereka dijangkiti.


Share: