Majority peniaga / bisnesman / bisneswoman merasakan bahawa hidup kita dan bisnes yang kita lakukan adalah satu ikatan yang terlalu kuat hinggakan sukar untuk kita rileks. Ada yang tidak ada masa meluangkan diri bersama keluarga. Tiada percutian. Tiada rehat.
Full time bisnes katanya.
Saya berkata pada diri, i will not make this life bounded to money or the reason that makes me do so. Allah gives me this opportunity not become the slave of this job but to do better with them. I control my life, and not this life controls me. When it times to rest, we rest. When it times to take a break, we will.
As muslim, kita semua dididik, ditegur, bahawa setiap pekerjaan kita adalah rezeki dan ibadah dari Allah swt. Berusahalah dan berjalanlah mencari rezeki yang halal.
Impian saya simple, sebagai wanita, isteri, ibu, apa yang saya inginkan ialah mempunyai masa untuk keluarga sambil mencari jalan/kerja yang boleh saya lakukan bagi membantu suami saya. Jika saya ada skill, knowledge atau cara untuk membantu kewangan keluarga kami insha Allah itulah yang saya akan lakukan.
Oleh sebab itu, tak kenalah dengan cara mengadap 24 jam dan stress kerana kerja jika pada awalnya niat mahu bersama lebih banyak masa dengan anak-anak dan suami kan? Bila seorang isteri niatnya for the family, tapi kemudian hidup lebih bercelaru, maka kita kene stand back. Berhenti seketika. Fikirkan cara. Adakah sekarang kita lebih mengejar bisnes ini, atau kita sebenarnya buat apa?
Tugas seorang ibu bukan sekadar melahirkan anak, tetapi mendidik anak-anak ini, ini tanggungjawab kita sebagai seorang ibu. Apakah didikan yang kita sudah berikan kepada mereka? Dari diri kita sendiri, bukan orang lain. Bukan cikgu dia. bukan ustazah dia. tapi KITA.
Tugas kita tanpa jemu, menegur, memberitahu, menunjukkan bagaimana caranya, mengapa dilarang, mengapa harus akur, bagaimana masa depan mereka semua ini kita harus didik, bukan sekadar membiarkan anak membesar mengikut peredaran zaman. Dan saya sendiri tidak mahu anak-anak membesar tanpa didikan dari saya bila mana ilmu itu kita ada. Kita tahu.
Bisnes is our working time.
Uruskan masa dengan baik.
Bila perlu online, bila perlu stop.
Saya doakan kalian semua bertemu dengan cara yang terbaik menguruskan kerja dan keluarga. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan