Tak sangka saya sudah menjadi ibu kepada 5 orang anak. Lima orang anak ialah angka yang besar untuk saya. Tak pernah impikan ada keluarga yang besar, walaupun saya dilahirkan dalam keluarga 6 beradik. Cukuplah. Riuh sakan usah dikata. Anak sulung pula tu. Bayangkan tanggungjawab yang dipikul!
Saya dan suami merancang paling ramai untuk miliki 3 orang cahaya mata. Allah lebih mengetahui kan?
Kami dianugerahkan 3 cahaya mata dan kesemuanya perempuan. Melihat suami tiada pasangan sejantina, sedih juga rasa dihati. Diizinkan Allah. Mengandung lagi. Keluar lagi bayi perempuan. Tersenyum lagi suami saya melihat deretan anak perempuan di sekeliling beliau. Bagi saya pula, cukuplah ni. Mungkin saya tiada rezeki memiliki anak lelaki.
Kali ni saya redha.
Kami merancang umrah pada hujung tahun 2019.
Anak perempuan kami nombor 3, patah kaki pula. Postponed ke bulan Mac 2020. Tiket semua beli dah ni. Sungguh!
Disember 2019. Tak sedap BADAN. Cek UPT. PREGNAN LAGI.
Saya diam. Suami diam. Takpelah mama, rezeki kata suami saya.
Saya risau saya di Tanah Suci. Larat ke nanti. Kali ni lain pula badan saya mengandung. Alahan teruk. Awal-awal lagi saya redha jika anak ini ialah anak perempuan. Namun, saya tetap berdoa untuk Allah rezekikan kami anak lelaki.
Kali ni, dalam saya redha, saya terjumpa DOA MEMOHON ZURIAT ANAK LELAKI. Saya doa dan usap pada perut.
UMRAH BATAL. COVID seluruh dunia. FLIGHT CANCEL. Kami redha sekali lagi. Kami uruskan pembatalan satu per satu. FLIGHT, HOTEL, dan visa.
Ianya pengalaman buat kami. Pengalaman berharga buat kami yang tidak pernah keluar negara.
Firasat saya kali ni menyatakan saya bakal mendapat anak lelaki dan pertama kalinya saya buat scan 5D details untuk confirmkan jantina anak di dalam kandungan saya. Bayangkanlah deretan 4 anak perempuan mengekor emaknya masuk ke bilik doktor. Hehe. Suami saya tidak tahu. Saje buat surprise untuk si dia. Confirm ni lelaki, tapi dia tak nak percaya, so mama scan untuk buktikan.
Alhamdulillah. Its a BOY. I did cried by the moment doctor said, congratulation puan, puan dapat anak lelaki. And all my daughter masa tu menjerit dalam bilik sampai dengar orang di luar tau. Mana tidaknya, keluar sahaja kami, masing-masing said congrats.
Tunjuk bukti pada suami.
Terdiam dia. Dia pula pergi tunjuk video dan gambar tu pada semua rakan dia. Excited la tu kan?
Akhirnya saat yang dinantikan tiba.
25 Ogos 2020. 5 days overdue, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan beratnya 3.32 kg. Masya Allah chubbynya dia.
Pertama kalinya saya dengar doktor kata, anak lelaki instead of 4 times hearing, anak perempuan, puan.
6 bulan dah. Makin bijak, makin nakal, makin banyak sifat ingin tahu dia. Exploring so many things. Dan sangat alert bila orang panggil nama dia. Allahu, ragam nak tidur malam pun boleh tahan.
Syukur ada 4 orang kakak yang pandai jaga adik. Kakak nombor 4 bayangkanlah antara tugas dia suap adik makan tau and she's very good at it too.
This time, saya rest. Uri melekat kali ni. Doktor ask untuk potong rahim hari tu tapi saya takut bedah. Jadi saya ambil kaedah perancang yang lain. Sakit ya amat kawan-kawan semua, dikorek hidup-hidup. Dari pembacaan dan tanya-tanya doktor dan nurse kan, kemungkinan saya kene uri melekat tu asbab anemia. Bacaan saya time tu around 9 lebih. Saya memang anemia setiap kali pregnan.
Jadi bagi ibu-ibu yang baca entri ni. Sila jaga diri kalian kay. Have a cute child and please take care of yourself too!
Semoga kita bertemu lagi di entri yang lain!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan