Hadis Keras Larangan Rasuah Hadiah dan Bukan Hak Rezeki

Assalamualaikum. Apabila saya terbaca sharing yang sahabat saya share di group ATJ Amal till Jannah. Tidak dapat saya elak dari rasa wajib dikongsi bersama sahabat semua. Ianya juga peringatan keras buat diri saya yang naif, hina dan masih terlalu banyak kekurangan dalam mendalami ilmu agama.


Mari sahabat. Bukan sahaja kita baca, fikirkan apakah kita mengamalkannya? Apakah kita mendidik anak kita secara tak langsung mengenai rasuah? 


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mengambil Selain Dari Upah Suatu Pengkhianatan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اسْتَعْمَلْنَاهُ عَلَى عَمَلٍ فَرَزَقْنَاهُ رِزْقًا فَمَا أَخَذَ بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غُلُولٌ

Daripada Abdullah bin Buraidah RA dari ayahnya, dari Nabi SAW baginda bersabda: Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " (HR Abu Daud, no 2943) Status: Hadis Sahih; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

Pengajaran:

1.  Setiap orang yang dilantik sebagai pekerja dan dibayar gaji oleh majikan hasil daripada pelaksanaan kerja seperti yang dipersetujui, pendapatan yang diperolehi adalah bersih dan halal.

2.  Orang yang mengambil upah selain daripada yang ditetapkan oleh majikan yang bukan haknya adalah suatu pengkhianatan.

3.  Pengkhianatan itu boleh dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit, diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan, ‎peratusan, hadiah, kemudahan, jawatan, undi, kontrak, tuntutan palsu, perlepasan, penyelesaian, perlindungan dan sebagainya.

4.  Mereka yang terlibat dengan pengkhianatan ini akan dilaknat oleh Allah SWT dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram, Neraka lebih utama untuknya. Dengan rezeki pengkhianatan tersebut,  akan hilang keberkatan ‎dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan malah terdorong ‎ke arah kemaksiatan dan kejahatan.‎

5. Berjaga-jagalah sesuatu yang diterima berupa hadiah. Saidina Umar al-Khattab turut memperingatkan gejala hadiah ini, “Berjaga-jagalah dengan hadiah kerana ia merupakan rasuah”. Tidak hairanlah Saidina Umar menghantar pulang hadiah anak kaisar Rom kepada isteri Umar dan menegahnya menerima apa-apa hadiah lagi. 

6. Saidina Ali pernah mengingatkan: “Zaman akan datang, manusia menghalalkan rasuah dengan (nama) hadiah”.

7. Dalam Nihayah al-Muhtaj menyebut, “Menutup pintu menerima (hadiah) secara mutlak adalah terlebih awla (terbaik), bagi menutup pintu (perselisihan)”.

03hb Mac 2021
19hb Rejab 1442H


Semoga Allah ampunkan dosa kita. Diberikan pintu taubat dan mengelakkan kita dari melakukannya. Aamiin3x 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan