Adakah kalian sedang mencari website ecommerce untuk mempromosikan kedai online anda? Tidak kiralah anda sudah ada offline shop atau tidak. Zaman teknologi internet dan semua orang sakan bershopping online sudah masanya anda pun ada sebuah website jualan anda sendiri! Apa tidaknya saya sudah lama ada tahu. :)
Sudah agak lama saya memiliki website jualan ni. Sebelum ni website ni khas menjual produk dari DMS360, kemudian saya sudah tidak begitu aktif sebagai stokis DMS, maka baru-baru ni juga saya ubah website kedai online saya kepada website menjual produk keagamaan. DMS360 sudahpun memiliki website jualan yang terbaik iaitu di www.dms360original.com. Alhamdulillah, trafik agak bagus walaupun hanya sebuah blog.
Tetapi untuk produk-produk keagamaan yang saya jual agak sekian lama, tiada website utama. Saya berhasrat untuk menyatukan produk-produk keagamaan yang saya jual ni walaupun berlainan suplier di satu stop center. Alhamdulillah, website ecommerce kitniaga dapat bantu saya realisasikan apa yang saya mahukan dengan harga yang sangat berpatutan.
Saya sudah mencuba pelbagai website ecommerce di Malaysia ni pada tahun 2016-2017. Ada 2 nama yang saya lupa, sudah agak lama kan. Memang banyak sebenarnya provider website ecommerce yang harganya pelbagai, ada murah, mahal dan setiap pakej mempunyai kos tersendiri.
Apa yang saya cari dari sebuah website jualan shopping cart ni ialah:-
1. Harga bulanan yang berpatutan
2. Kuota produk yang banyak (unlimited)
3. Boleh membuat diskaun
4. Boleh diuruskan secara kumpulan / staff
5. Boleh buat harga agen/drophip (paling penting bagi saya)
6. Ada payment integration (toyyibay, billplz, senangpay sebagai contoh)
7. Boleh buat affiliate (jika ada ini BONUS)
8. Marketing (SMS, EMEL)
9. User friendly
Website ecommerce yang agak terkenal yang saya pernah cuba antaranya EASYSTORE.co, SHOPIFY, dan ada lagi 2 ecommerce lagi. Total 4 ecommerce, dan 1 shopping website yang saya bina sendiri melalui wordpress. Seriusly buat websitee sendiri menggunakan wordpress adalah sukar dan leceh bagi saya. Jika anda memang kaki IT, saya yakin buat website ecommerce sendiri adalah mudah. Saya salute! Dan costing jugalah. Banyak faktor yang harus dipertimbangkan sekiranya anda marhaen seperti saya. Tidak punya banyak uwang untuk dibelanjakan begitu sahaja.
Costing domain
Costing server
Costing payment gateway
Monthly attribution
Easystore.co bagi saya sangat mudah diuruskan. User friendly. Ada banyak theme yang menarik. Kekurangan kitniaga bagi saya ialah dari segi theme. Hanya ada 1 theme sahaja. Anda boleh ubah background, skin, tetapi tiada theme yang menarik atau banyak untuk dipilih. Default. but nice.
Easystore jika saya nak pilih yang siap boleh add agen/dropshipper kan, anak-anak buah saya harus ambil plan paling rendah iaitu STANDARD PAKEJ. Easystore mempunyai pakej dan kelebihan yang banyak cuma saya tidak punya banyak modal untuk berpindah ke easystore.
Harga bulanan pakej Standard Easystore.co
Bayar bulanan = RM 199 ( RM199 x 12 = RM 2388)
Bayar tahunan = RM 159 ( RM139 x 12 = RM 1668 )
Jika anda pilih bayar tahunan terus, anda jimat RM 720.
Harga Sewa Bulanan |
Harga Sewa Bulanan Jika Anda Pilih Pembayaran Setahun Terus |
Bagi newbie seperti saya pada masa tu, kitniaga dengan harga tahunan RM365.00 yakni sebulan saya hanya perlu membayar sebanyak RM30.42 dengan apa yang saya mahukan sangatlah murah.
Kitniaga boleh dijadikan lonjakan awal bagi peniaga baru bermula. Tidak ada masalah jika anda nak bertukar ke website ecommerce yang lebih banyak kelebihan. Anda hanya perlu ubah domain sahaja dan produk anda. Jika anda sudah buat jualan dengan domain tersebut.
Mari saya sharekan kelebihan website ecommerce dari Kitniaga. Ohya, kitniaga ni dari developer Bumiputera kita ya. Islam ownernya.
Nak lihat website saya guna kitniaga?
website emmemarina >> https://muslimstore.com.my/
website demo kitniaga >> https://demo.kitniaga.com/index.php?route=common/home
Jika kalian nak dapatkan kitniaga boleh hubungi saya, saya akan guide anda siapkan website kedai jualan anda. Sama-samalah kita bantu kan?
Yang penting, jangan rasa susah untuk bermula. Anda harus rasa boleh, yakin boleh. Boleh buat. Insha Allah semua urusan anda dipermudahkan.
Saya sendiri bukan pandai mana. Banyak yang saya belajar buat sendiri. Cuba sendiri. Baca panduan tu berkali-kali kalau anda semua nak tahu, berapa kali tanya IT tech guy tolong itu ini bila saya dah reach limit nak faham tu kan. Tapi mesti cuba jaya.
oh ya. jika dan singgah kedai online saya tu. Kot nak order alquran ke, nak berwakaf ke. Marilah!
Ada program Wakaf Al Quran Tagging yang baru kami lancarkan tahu. Alhamdulillah
1 slot serendah RM10 untuk anda berwakaf :)
Menarik juga ada website e commerce ni. Senang la nak berniaga apa2 ye tak?. Boleh la consider kitniaga ni.
BalasPadamThis is a good information sharing. And this website looks like a good platform to start an online business. Thank you for sharing.
BalasPadamWow. Bagusnya boleh bina website commer sendiri. Bagi insan yang tak reti macam saya, your suggestion ini memang sangat membantu.
BalasPadamSis nak share kat kawan, sebab ada kawan Sis tengah mencari platform nak buat niaga dia ni..sebab dia cuba sesuatu yang baru selain ..gitu le katanya...
BalasPadamWow,, bagus ye platform ni untuk mereka yang ingin startup business mereka dalam e-commerce platform.. Menarik2..
BalasPadamBagus juga prog wakaf ni serendah rm10. Bila ada pakej website ni.. rasanya sangat berbaloi
BalasPadamFirst time iena dengar mengenai kitniaga ni. Boleh la cuba beli kat sana nanti. kalau murah murah ni iena suke hehe
BalasPadamThank you shate tentang website ecommerce baru tau cara org yg terlibat dgn bdg ecommerce ni jd yg try nk bisness ni blh ikut cara ni
BalasPadamOK siapa nak mula meniaga dengan ada kit macam ni sangat bagus dan juga membantu usahawa yang nak terokai bidang dalam talian pula hehehe moga ia menjadi kepada pekembangan perniagaan usahawan terutama yang terjejas sebab covid ni...
BalasPadam