Salah satu channel kegemaran saya di Telegram ialah Channel Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Walaupun tak semua saya baca contohnya bab SAHAM atau PRODUK. Tetapi NASIHAT dan TEGURAN dari beliau adalah jenis tak berselindung, telus dan sentap.
Apa yang beliau kongsikan dan nukilkan buat pembaca ialah satu teguran yang membina. Membuka minda dan buat kita mahu lakukan perubahan dan mengelakkan yang buruk. Subhanallah, saya bersyukur dapat ikuti Dr. Zaharuddin setelah sekian lama. Dari website beliau di zaharuddin.net dan kini di channel telegram pula.
Hari ini saya tertarik dengan tajuk beliau. PENYAKIT MALAS
PENYAKIT MALAS
Kerapkan berdoa agar kita tidak malas. Malas adalah satu penyakIt yang tercela dalam Islam dan juga di alam dunia profesionalisma. Ia menjadi punca mundur, ketinggalan di dunia, malah juga boleh menjadi mundur pencapaian di akhirat AKIBAT malas beramal.
Ia juga boleh menjadi punca mudah ditipu.
1. Malas nak mengkaji tempat pelaburan terbaik, akhirnya serah duit pada orang lain untuk laburkan tanpa buat semakan teliti kelayakan, lesen etc kerana malas, akhirnya ditipu.
2. Malas nak belajar, dan asyik harapkan orang lain tolong buatkan, akhirnya kena buang kerja kerana skill kurang & ketinggalan.
3. Yang terbaru, nak tukar ke simpanan Shariah KWSP pun malas, padahal itu untuk kebaikan dirinya di akhirat sendiri, lalu mendesak orang lain tolong tukarkan sama ada secara automatik etc.. semua itu tanda kemalasan yang tercela serta kurang rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.
4. Malas nak buat kerja berat dan rumit, beri alasan pelbagai. Akhirnya ketinggalan dalam meningkatkan kualiti diri dan itu menjadikannya kurang penting dalam organisasi.
Mungkin juga mudah ingin meyalahkan orang lain jika apa-apa yang kurang baik berlaku.
Doa ini juga ada diukir dalam Al-Ma’thurat yang boleh dibaca pada setiap pagi dan petang:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْل
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371)
Ada yang nak membaca sampai habis pun malas, hanya baca tajuk dan terus membuat kesimpulan.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
nombor 3, saya sudah pakai islamik untuk saving dan current tetapi teringat pula kwsp saya yang sudah lama tak berusik tu masih belum bertukar kepada islamik. Haruslah segera menyelesaikan urusan tertangguh ni. ikutkan ada 2 akaun dah kan saving, konven 1, islamik 1. kene tutup atau tidak ya conven tersebut? huhu. siapa nak jawabkan?
sahabat bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan