Dah lama tidak berbelanja di Shopee. Saya cuba kurangkan pembaziran daripada membeli yang tidak perlu. Tetapi hari ni, mama perlu membuat tempahan untuk keperluan puasa.
Saya suka berbelanja barang dapur di shopee kerana banyak pilihan berbanding di kedai. Tak semua apa yang kita nak ada di kedai. Jimat juga dengan kupon, coins yang kita simpan kan?
Disebabkan lama sangat tak belanja, renyah sedikitlah. Dah habis susunya baru nak order. Ketuk juga mama ni karang! Haha, tugas saya ni membeli barangan rumah dan dapur. Best keje ni, kadang selit skit beli jajan ye tak.
Sekali check out sudah habis RM 500. Sekejap saje duit habis. Car seat perlu anak sudah sangat lasak. Saya nak drive pun tak senang. Pegang baby lagi, tak dengar kata sungguh.
Geram.
Ya. 6 pek susu untuk Rayyan. Habis tak sampai 2 bulan. Fernleaf pula untuk kakak Qhaira (4 tahun) dan dikongsi seisi keluarga. Semua kena minum susu! Pesan papa pada mama. Mama pun kena minum susu sebab gastrik dan gerd. Hmm. Semoga gerd mama cepat sembuh. Aamiin3x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan