Sebagai peniaga, kita harus selalu update segala informasi berkenaan produk, pengeposan dan hal terkini. Berniaga di pelbagai platform marketplace, memiliki website jualan sendiri bermaksud andalah yang akan menguruskannya seorang diri. Kerja update info sebegini renyah tetapi perlu. Bagi surirumah anak ramai seperti saya, urusan ini sangat memerlukan saya fokus dan curi masa untuk melakukannya. Jika tidak, saya terpaksa stay up berhari-hari semata-mata menyiapkan setiap platform. Inilah cabaran yang harus saya hadapi setiap masa sebagai surirumah sambil menguruskan anak-anak, suami dan rumah.
Bekerja seorang diri tanpa staff bila anda sudah boleh pergi jauh memenatkan. Namun entah kenapa saya masih belum bertemu pembantu yang serius bekerja bersama saya. Malah, dua kali saya dijodohkan bersama staff yang akhirnya terpaksa saya berhentikan. Sukar juga ya?
Bekerja bersama saya secara online mungkin satu cabaran. Tidak semua orang memiliki laptop di rumah. Tidak semua orang memiliki WIFI, majority menggunakan handphone sahaja. Tugasan bersama saya memerlukan staff mengakses dekstop di setiap platform, mobile view sangat tidak sesuai dan lebih menyusahkan staff itu sendiri.
Berniaga anda akan sentiasa download gambar, video untuk diupdate. Ia akan memerlukan lagi data yang sangat banyak. Menjadikan line telco sebagai hotspot tidak sesuai, slow dan akhirnya staff-staff saya tidak dapat melakukan kerja mereka dengan baik, menjadi lewat dan menyebabkan hubungan online dua hala antara kami tidak menjadi. Alangkah baiknya jika saya dapat bertemu dengan staff atau freelancer yang dapat bantu saya sebaiknya. Semua updating ini memakan masa yang lama terutamanya untuk saya yang perlu melakukan sales, update order, uruskan marketing.
Kata mentor-mentor saya, jika kita nak berjaya dan berkembang dalam perniagaan. Kita perlukan team. Dan nampaknya inilah cabaran terbesar untuk saya. Dari A to Z saya uruskan seorang diri sedangkan bisnes ni sedang ke arah expanding. Saya doa sangat-sangat Allah makbulkan doa saya, ditemukan dengan pembantu/ staff yang betul-betul menepati ciri yang saya idamkan. Dapat bekerjasama dengan baik walaupun secara jauh.
Saya berniaga apa sahabat nak tahu?
Mari saya kongsikan manalah tahu sahabat berkenan nak order kan hehe
Fokus menjual produk islamik iaitu al quran tagging dari Sahabat Enuur, jam tangan solat dan kiblat dari Buruj Watches dan al quran digital dari Al Qolam dan My Qalam
Mempromosikan software untuk peniaga seperti software shopee Cybersona, Autopost Facebook KITFB, Telegram dan banyak lagi
Ebook untuk peniaga dan surirumah
Produk skincare dan slimming dari DMS360
Dealer Emas Orodesign
Saya berniaga sepenuh masa sebagai dropshipper. Saya memilih tidak memegang stok tetapi impian saya setinggi gunung. Walaupun dropship, saya tetap nak berjaya. Jangan terkejut dengan senarai produk, software yang saya jual. Semua itu dalam masa beberapa tahun juga, dan sekarang ni saya fokus kepada produk islamik, sharing marketing dan software shopee (sebab ni saya foundernya). Namun begitu produk knowledge untuk kesemua senarai tu saya wajib hadamkan. Bayangkan berapa banyak folder dalam otak kecil saya ni, dengan kerja rumah non stop. Saya sudah beberapa hari tidur lewat sekarang. Sahabat doakan saya bertemu dengan staff idaman tahu.
Baiklah. Sudah jam 2 pagi. Selamat malam semua. Salam sayang dan salam kejayaan. Ingat, kejayaan itu tidak mudah tetapi ianya tidak mustahil. Tiada yang mustahil dengan adanya Allah. Buat baik, ikut apa peraturan berniaga sebagai seorang muslim, jangan tutup mata mengenai urusan perniagaan kerana Rasulullah s.a.w sendiri merupakan seorang peniaga. Kita wajib follow Baginda dan para sahabat berniaga. Barulah berkat dunia dan akhirat dengan hasil pendapatan yang kita terima melalui bisnes kita kay.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan