Bismillah. Mari kita belajar cara buat Shopee Discovery Ads. Sekiranya anda sudah maklum mengenai Shopee Ads, ada 3 cara bagaimana anda boleh buat Shopee Ads dan salah satunya ialah discovery ads. Discovery bermaksud dijumpai. Anda nak iklan anda dijumpai di tiga area tanpa menggunakan sebarang keywords.
Dimana iklan anda akan dijumpai?
1. Daily Discover
2. Similar Product
3. You May Also Like
Ini ialah paparan YOU MAY ALSO LIKE, anda boleh lihat icon Ad di produk ke enam
Paparan SIMILAR PRODUCTS juga ada icon Ad dan kebiasannya kita nak bersaing secara sihat bersama pesaing kita di shopee ini adalah salah satu cara terbaik untuk anda lakukan
Paparan Daily Discover juga diletakkan iklan berbayar supaya customer atau kita sebagai pembeli dapat melihat produk tersebut. Daily discover adalah mengikut sejarah pembeli masing-masing. Maksudnya apa produk atau keyword yang anda selalu cari di Shopee. Maka paparan daily discover anda berkaitan dengan search history anda dan pembelian anda di Shopee.
Baik. Jadi anda sudah tahu di mana produk anda akan muncul. Mari kita mulakan.
Pertama, buka seller center anda, jika boleh buat di laptop atau pc masing-masing. Ianya lebih baik berbanding buat ads di applikasi Shopee, dan ada beberapa kekangan apabila anda bina iklan di apps.
Klik sahaja pada Shopee Ads di Shopee Seller Center anda. Anda akan dibawa ke bahagian seperti gambar di bawah.
Ini ialah paparan Discovery Ads Shopee. Klik pada "Add New Discovery Ads" untuk mulakan pengiklanan produk anda" |
Sila pilih produk yang anda mahu iklankan ya. Add product kemudian tekan submit |
Tuk lebih advanced klik di Add Advanced Settings |
Advanced version sebegini ya. Keluar semua jenis ads di discovery. Anda boleh setkan maksima terima bidding berapa. Maksima ialah 300% |
Siap. Mudah sahaja kan? |
Alhamdulillah. Siap entri kita pada hari ini.
Baik beberapa tips shopee ads untuk anda semua.
1. Tak semestinya run ads hari ni terus dapat sales.
2. Run ads dengan bijak, tolong kira sama ada ads anda menghasilkan untung atau rugi.
3. Discory ads ialah cara yang bagus untuk memarketingkan produk kedai anda dan mendapatkan trafik.
Saya harap entri ni dapat membantu anda semua.
Nak tengok cara buat keyword ads, klik sini:- https://www.emmemarina.com/2019/12/tutorial-shopee-ads-keyword-ads-2019.html
Alhamdulillah..terima kasih atas sharing tersebut.
BalasPadam