Kenali Jenis Emas dan Kandungan Ketulenan Berdasarkan Karat Emas

 Bagaimana nak kenal jenis emas dan persen kandungan emas anda? Saya berharap entri ini dapat membantu kalian untuk mengenali emas-emas di parsan.







1)✴️Emas 999 

• Mempunyai kandungan 99.9% Emas

• Tidak di campur dgn bahan2 lain (Pure Emas)

• Di kenali juga sbg Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)

• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.


2)✴️Emas 950

• Mempunyai kandungan 95.0% emas.

• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain spt besi, aluminium & sbgnya

• Di kenali jg sbg Emas 23 Karat (23K)

• Emas Kelantan


3)✴️Emas 916

• Mempunyai kandungan 91.6% emas.

• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain spt besi, tembaga, aluminium & sbgnya

• Di kenali jg sbg Emas 22 Karat (22K)

• Amat terkenal & popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.


4)✴️Emas 835

• Mempunyai kandungan 83.5% emas.

• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain spt besi, tembaga, aluminium & sbgnya.

• Di kenali jg sbg Emas 20 Karat (20K)

• Amat terkenal & popular di kalangan peminat Emas di Kelantan.


5)✴️Emas 750

• Mempunyai kandungan 75% Emas.

• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain spt besi, tembaga, aluminium & sbgnya

• Dikenali jg sbg Paun @ Emas 18 Karat (18K)

• Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutunya.

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan