Alhamdulillah. Telekung yang diidamkan telah pun sampai. Masya Allah tak sangka dapat juga. Saya pilih warna pink walaupun ada teringin juga nak warna telekung sama macam Ernie Zakri. Akhirnya pink menang!
Telekung cantik ni khas dari Kimyra Style tahu. Ada 2 jenis iaitu Telekung Yousra dan Telekung Kaifiya. Dua-dua sama cantik dan eksklusif.
Telekung Kaifiya (PINK) |
Telekung Yousra (PINK) |
Telekung pink sama ada Yousra atau Kaifiya kedua-duanya saya suka. Namun saya pilih Yousra kerana saya teringin ada corak pada telekung. Saya memang teringin sangat telekung yang kita pilih sebab kita suka sangat-sangat. Saya jarang beli telekung atas faktor suka. Kita biasa beli telekung kerana ianya adalah pakaian kelengkapan solat. Nak premium ke, suka ke, minat ke.. Ini biasanya bukan faktor utama.
Namun sejak jumpa telekung dari Kimyra. Saya ubah persepsi sendiri dan mahukan telekung yang saya suka untuk dijadikan telekung peribadi harian
Ampunkanlah gambar saya yang kurang menarik. Diharap apa intipati dari perkongsian entri ini memberi kepuasan dan penjelasan tentang Telekung Ekslusif dari Kimyra Style |
Detailing: Corak di telekung, stopper telekung, dan material awning (bentuk awning) |
Apa Keistimewaan Telekung Kimyra Hingga Saya Tertarik Untuk Memilikinya?
1. Awning
Pertama kali saya lihat ialah Telekung Kaifiya, awning tersebut tak boleh dipadam dari ingatan saya. Dan memiliki wajah yang kecil serta dahi pun seluas 3 jari aje. Faham lah, bukan semua telekung yang saya ada hingga ke hari ini dapat jaga aurat rambut saya. Kita nak solat, nak jaga anak rambut, jaga rambut dari terkeluar. Nakkan telekung yang beri kelesesaan pada dahi kita ni bukan mudah. Dengan anaknya lagi tarik telekung semasa solat, atau kita sendiri tertarik telekung semasa solat pun ada. Pernahkan?
Bila saya tengok je jenis awning Telekung Kaifiya memang saya terus nak. Tapi ya, nak sahaja tak cukup, harga Telekung Kimyra boleh tahan juga harganya.
2. Tak Perlu Lagi Ikat Telekung
Ngilu!! Siapa sama seperti saya? Saya tak tahu penyakit apakah ini, tetapi saya ada masalah ngilu berkaitan dengan kain. Anak-anak saya cukup suka menarik atau buka ikatan telekung, apa yang saya rasa ketika itu, ngilu dan menjadi marah. Elok-elok selepas solat, anak terus je tarik tali telekung membuatkan saya rasa sangat tak selesa. Bila bercakap tentang ngilu ni, tak usahlah sembang banyak. Anda pasti tahu betapa tak sukanya kita bila rasa ngilu tu hadir. Kini, dengan Telekung Kaifiya atau Yousra anda tidak perlu lagi mengikat telekung anda, anda hanya perlu ketatkan sahaja! Mudah.
3. Kualiti Material - Sejuk dan Boleh Pakai Lama
Telekung ialah pakaian ibadah kita sebagai seorang wanita. Kita solat di mana sahaja di dalam rumah misalnya di dalam bilik atau di ruang solat atau di ruang tamu. Dalam kes saya, sama ada di bilik atau di ruang tamu. Ada masanya cuaca sangat panas, baru pakai sekejap sudah menitik peluh. Panas. Apa akibatnya? Selepas solat, kita cepat-cepat bangun kerana tidak tahan panas. Alhamdulillah, sejak pakai Telekung Yousra, saya rasa sangat selesa, kurang berpeluh dan sejuk je kain telekung ni tau.
Alhamdulillah. Part ini memang sangat bagus untuk kita yang tak mahu buka telekung selepas Maghrib dan sambung solat Isyak.
4. Material Tak Gatal
Majority telekung yang cantik ialah telekung bersulam. Ya, kita semua sukakan kecantikan. Saya pun sama tahu. Saya nak cantik, nak rasa suka bila solat dengan perasaan yang selesa. Bila senseng telekung untuk berdoa atau mengaji, sulaman pada telekung tersebut akan menyebabkan lengan saya gatal. Cukup untuk membuatkan kegatalan tu naik ruam. Mungkin kes sensitif yang sama bila saya ngilu tali telekung ditarik oleh anak. Sulaman tak kira pada telekung atau kain yang sentuh kulit saya akan buat saya jadi gatal, menggaru-garu dan akhirnya mulalah bintik ruam kelihatan. Bukan telekung sahaja tau, pakaian ke, pakaian dalam ke yang ada lace ini akan buatkan kulit saya gatal-gatal.
Telekung Yousra dan Kaifiya ialah material berkualiti, agak tebal, sejuk dan tiada sulaman. Ianya simple sahaja dengan corak yang minimal cukup membuatkan saya rasa sungguh selesa dan gembira memiliki Telekung Yousra.
Kelebihan Material Milano Fabrico
Nota: Kimyra Sejabag hanya dapat bagi yang menempah set premium sahaja tau. Jika anda order telekung sahaja (ala carte) maka tiada Sejabag |
Jom sambung review.....
Alhamdulillah, tak sangka Bos Al-Qolam ambil set premium untuk saya claim hadiah sales bulan Julai. Jadi untuk Premium Set Telekung Yousra atau Kaifiya anda akan dapat Kotak Ekslusif Kimyra berwarna unggu, coins bag dan sejabag (sejadah mini travel dan juga boleh dijadikan beg menyimpan telekung)
Nak tengok macam mana kejadiannya bila saya pakai telekung Kimyra ni?
Tara. Haha. Ku tutup wajahku. Sudah lama tak share wajah kan. Segan juga. Anda boleh tengok detailing material awning dan cantik terbentuk serta kemas kan di bahagian muka? Leher juga ditutup elok sahaja.
Suka sangat. Alhamdulillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan